Penemuan Dokumen Lama di Jepun dan Eropah berkenaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka
Dokumen lama, 'Rekidai Hoan' (1424 - 1867) Masihi: Laksamana Hang Tuah pernah berurusan dengan Kerajaan Ryukyu pada kurun ke-15 Masihi Gambar: Rekidai Hoan Laksamana Hang Tuah merupakan seorang Laksamana bagi Sultan Melaka ke-7, Sultan Alauddin Riayat Shah yang pernah berurusan Kerajaan Kepulauan Ryukyu (dibawah naungan China pada ketika itu) yang kini bernama Pulau Okinawa di Negara Jepun. Sebuah dokumen rasmi kerajaan Ryukyu iaitu Rekidai Hoan (dokumen catatan hubungan diplomatik Kerajaan Ryukyu) yang tersimpan di Perpustakaan Okinawa, terdapat 19 pucuk surat yang menjadi perutusan antara Kerajaan Ryukyu dan Kerajaan Melaka. Dua orang sejarawan Jepun iaitu Professor Atushi Kobata dan Mitsugu Matsuda menegaskan bahawa Laksamana yang disebutkan dalam surat (Bahasa Cina) tersebut merupakan Laksamana Hang Tuah, kerana pada tempoh waktu tersebut, sejarah dengan jelas mengatakan bahawa yang berkhidmat bagi Sultan Alaudin Riayat Syah ketika sekitar 1480 Masihi ialah ...