Penemuan Bandar Purba dan Tamadun Melayu purba di Malaysia

Sebelum anda memulakan bacaan, kenali dulu maksud terma-terma ini:

  1. Homo Sapiens - Ialah manusia jenis manusia moden (bukan manusia monyet atau manusia separa-monyet) yang hidup pada hari ini. Satu-satunya spesis Homo Sapiens yang masih wujud (tidak pupus) adalah Homo Sapiens Sapiens. Maka, terma Homo Sapiens didalam artikel ini  sebahagiannya adalah merujuk pada Homo Sapiens itu sendiri dan sebahagian yang lain adalah merujuk kepada Homo Sapiens Sapiens.

Peralatan manusia di Bukit Bunuh, Perak berusia 1,830,000 tahun

Penemuan paksi tangan batu (stone hand axes) (berusia 1,830,000 tahun) yang paling tua pernah direkodkan diluar Afrika dijumpai di tapak hentaman meteor 1.83 juta tahun lalu di Bukit Bunuh. Di sini juga telah dijumpai bengkel pembuatan batu direkodkan berusia 40,000 tahun. Disebabkan usia peralatan tersebut jutaan tahun, maka ia bukanlah dari jenis manusia Homo Sapiens.


Bengkel Pembuatan Batu berusia 200,000 tahun di Bukit Jawa, Perak

Penemuan bengkel pembuatan batu (tidak secanggih yang dijumpai di Kota Tampan) di Bukit Jawa, juga di Lenggong Perak mencatatkan rekod yang lebih tua, iaitu sehingga 200,000 tahun dahulu. Saya berpandangan berkemungkinan petempatan purba ini didiami oleh manusia bukan dari Homo Sapiens, atau Homo Sapiens yang telah pupus.


Bandar/Petempatan Purba di Kota Tampan berusia 74,000 tahun

Kota Tampan, Lenggong, Perak telah menjadi salah satu kawasan pengiktirafan UNESCO setelah dijumpai satu penempatan/bandar manusia dikawasan tersebut dengan penemuan tapak bekas lembah padi, tasik purba dan kedai-kedai tasik purba. Malah telah dijumpai juga kilang pembuatan peralatan batu (dalam keadaan masih sempurna) dan peralatan-peralatan serta hasil-hasil pembuatan yang berusia 70,000 tahun dahulu telah membuktikan bahawa telah ada manusia yang mendiami kawasan ini sejak sekilan lama.

Bandar ini malah lebih tua dari Bandar pertama Dunia, Eridu, di Selatan Tamadun Mesopotamia yang berusia kira-kira 7,300 tahun (5300 Sebelum Masihi).

Penemuan peralatan-peralatan canggih purba ini membuktikan bahawa Asia Tenggara juga telah memiliki teknologi-teknologi purba canggih seperti ditempat-tempat lain. Penemuan bekas debu-debu lava gunung berapi (dipercayai dari letusan gunung berapi Toba) dipercayai menjadi punca yang membuatkan petempatan ini tidak lagi berpenghuni. Para pengkaji tidak menemui sebarang fosil tulang manusia dikawasan ini menyebabkan kita tidak dapat mengenalpasti sama ada manusia yang tinggal dikawasan ini 74,000 tahun yang lalu merupakan dari jenis Homo Sapiens atau Homo Erectus.

Teori saya

Sama ada petempatan ini ditinggalkan atau (hampir) kesemua penduduknya hangus dibakar oleh lava gunung berapi. Tambahan pula, mana mungkin lembah padi, peralaan-peralatan dan kilang yang canggih boleh wujud di petempatan itu tanpa dibina oleh manusia. Disebabkan usia penduduk ini terlalu lama, maka saya keluarkan 4 teori:

1- Penemuan ini mungkin menolak teori 'Keluar Dari Afrika'. Jika ini benar, bermakna, Orang Afrika bukanlah nenek moyang manusia pertama yang membentuk populasi dunia kerana terdapat penemuan petempatan manusia cerdas lain diluar bumi Afrika (Lenggong, Perak) sebelum berlakunya peristiwa 'Keluar Dari Afrika'.

2- Manusia yang keluar dari Afrika telah memiliki teknologi pembuatan yang canggih, dan petempatan di Kota Tampan ini telah didiami oleh manusia yang (antara) paling awal tiba di Nusantara (dari Afrika). Dan kemudian, mereka terus membina bandar/petempatan dalam masa beberapa (ribu) tahun sejurus mereka tiba di petempatan ini.

3- Telah ada segerombolan manusia (Homo Sapiens) yang keluar dari Afrika lebih awal daripada teori 'Keluar Dari Afrika' dan menjadi nenek moyang kepada orang-orang Melayu dan kesemua populasi di Asia (Khususnya Asia Timur).

4- Mungkin ianya merupakan manusia jenis bukan Homo Sapiens atau Homo Sapiens yang telah pupus.


Bengkel pembuatan batu berusia 40,000 tahun di Bukit Bunuh, Perak

Penemuan bengkel pembuatan batu direkodkan berusia 40,000 tahun di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.


Tamadun Kedah Tua berusia 2,535 tahun

Berdasarkan sisa runtuhan bangunan yang dianggarkan berusia 2,535 tahun (535 SM), kerajaan Kedah Tua telah wujud sejak 2,535 tahun dahulu hampir sama tua dengan tamadun Purba seperti Tamadun Indus. Manakala pada sekitar 110 Masihi (berdasarkan penemuan batu bertarikh 110 Masihi), kerajaan Kedah Tua menjadi semakin berkembang pesat dan dikatakan menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Penemuan candi di Lembah Bujang bertarikh 110 Masihi menjadikannya struktur paling tua di Asia Tenggara, lebih tua dari Candi Borobudur yang dibina sekitar 800 Masihi dan Candi Angkor yang dibina sekitar 1120 Masihi.

Penemuan lebih 2 juta tuyere dan 12 tapak peleburan besi di Sungai Batu telah membuktikan bahawa Tamadun Kedah Tua merupakan pusat peleburan besi yang besar dan sangat sibuk pada masa itu. Tuyere adalah peniup angin iaitu peralatan penting dalam industri kuno peleburan besi.

"Kami menjumpai lebih dua juta tuyere di sini. Jadi, dengan jutaan tuyere dan 12 tapak peleburan serta kehadiran begitu banyak bijih besi, bayangkan bagaimana sibuknya industri peleburan besi di sini ketika itu." – Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM)

Kerajaan Kedah Tua mula berada dibawah naungan Empayar Srivijaya sejak tahun 960 hingga tahun 1025 (tahun dimana Kerajaan Kedah Tua diserang Empayar Dinasti Chola). Berdasarkan Inskripsi Tanjore, Kedah Tua (Kadaram) merupakan ibu kota bagi Empayar maritim Melayu, Srivijaya pada abad ke-11 Masihi. Empayar Srivijaya, Medang dan Dinasti Chola bersaing perdagangan eksport ke China. Disebabkan itu, Srivijaya telah menyerang dan menghancurkan Empayar Medang pada tahun 1006. Namun, Srivijaya pula diserang oleh empayar Dinasti Chola pada tahun 1025. Serangan ditujukan pada ibu kota Empayar Srivijaya, iaitu kerajaan Kedah Tua dan akhirnya Kerajaan Kedah Tua ditawan oleh Empayar Dinasti Chola.

Menurut buku 'Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah', karangan Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad pada tahun 1968, Maharaja Derbar Raja II merupakan raja Kedah yang pertama memeluk Islam pada tahun 1136 oleh Ulama dari Yaman, melalui gerombolan Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Ja'afar al-Quamiri.

Walaubagaimanapun, Islam telah tiba di Kedah pada tahun 651 Masihi atau 920 Masihi, kerana pada tahun 1962, telah ditemui batu nisan di Tanjung Aris, Mukim Langgar, Alor Setar yang bertarikh tahun 29 atau 290 Hijrah, milik Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam (Aliran), seseorang ulama dan ahli perniagaan berketurunan Parsi.

Pada tahun 1136 Masihi, mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah l (setelah memeluk Islam). Pusat pemerintahan Kerajaan Kedah pada tahun 1735 - 1836 adalah di Lembah Bujang, dan selepas itu pusat pemerintahannya bertukar di Alor Setar dari 1836 - 1909. Pada tahun 1909, Kedah tersenarai dalam senarai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dibawah pemerintahan penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Pada 31 Januari 1948, dengan rasminya Kerajaan Kedah berada dibawah Persekutuan Tanah Melayu yang dimerdekakan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bertukar kepada Negara Malaysia. Kerajaan Kedah kini berada dibawah pemerintahan Negara Malaysia.


Kerajaan Gangga Negara di Perak berusia kira-kira 1868 tahun

Tuan Haji Abdul Hamid Zamburi telah memetik dari buku Geographike Huphegesis yang ditulis oleh Ptolemy sekitar 150 Masihi yang menyebut berkenaan sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas; merujuk kepada Tanah Melayu). G. Coedes dalam The Indianized States of Southeast Asia berpendapat bahawa Coconagara itu terletak di tebing Sungai Dinding, sementara Kolonel Low pula mencadangkan ianya terletak di Sungai Dinding dan Beruas.

Jika perkara ini tepat, bermakna Perak suatu ketika dahulu pernah memiliki sebuah kerajaan, Gangga Negara sejak tahun kira-kira 150 Masihi yang berpusat di Beruas. Gangga Negara dikatakan menaungi Negeri-negeri lain seperti Beruas, Dinding dan Manjung. Gangga Negara dikatakan telah jatuh di tangan Empayar Chola pada tahun 1025, iaitu tahun yang sama Empayar Chola menyerang Empayar Srivijaya yang berpusat di Kerajaan Kedah Tua.

Walaubagaimanapun, terdapat penulisan dari catatan 'Sulalatus Salatin' (Sejarah Melayu) yang ditulis pada tahun kira-kira 1356 - 1511, disunting semula oleh Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada tahun 1612, siap ditulis pada tahun 1711, dan disalin semula pada tahun 1808. Catatan tersebut menceritakan bahawa kerajaan Gangga Negara pada zaman Raja Gangga Syah Johan telah dijatuhkan oleh Raja Suran, pemerintah kerajaan Amdan Negara di Benua Hindi yang berketurunan Iskandar Zulkarnain.

Setelah jatuh kerajaan Gangga Negara pada tahun 1025, kemudian selepas itu muncul kerajaan baru iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung.


Kerajaan Langgiu/Linggiu di Johor berusia kira-kira 1368 tahun (The Lost Ancient City, Linggiu)

Kota Purba Linggiu, terletak di tengah-tengah hutan rimba Hulu Sungai Johor yang dicatatkan bertarikh sekitar 650 - 900 Masihi  ditemukan pada Februari 2005 oleh seorang penyelidik bebas, Raimy Che Ros (beliau menamakan sebagai Kota Gelanggi) dan ia dikatakan berkemungkinan merupakan Ibu kota pertama Empayar Purba Srivijaya.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kawasan Kota Tinggi Amad Bahri Mardi, mendakwa bahawa nama Kota Gelanggi tidak wujud dalam mana-mana manuskrip sejarah Tanah Melayu. Bukti terbaru menunjukkan nama lain seperti Langgiu, Gangga Ayu, Klang Kio dan Klangkui lebih diterima.

Merujuk buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), edisi A Samad Ahmad, nama Langgiu dinyatakan dalam muka surat 11. Sejarah Melayu edisi W G Shellabear pula menyatakan tempat itu sebagai Klang Kio atau Gangayu di muka surat 10. Manakala edisi asal Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang pada muka surat 12 mencatatkan tempat itu sebagai Kelangkui. Pandangan ini juga dipersetujui oleh Pengarah Arkib Malaysia cawangan Johor dan Melaka, Kamariah Ismail.

Bandar Purba itu dipercayai telah ditenggelami oleh tasik Empangan Linggiu milik Public Utility Board (PUB), Singapura. Ahmad Bahri Mardi telah menulis berkenaan penjelajahan Berita Minggu di tapak kota purba tersebut dan temuramah dengan tiga orang Tok Batin orang Asli yang tinggal di kampung sekitar kawasan tersebut.

Salah seorang Tok Batin, Abdul Rahman berkata, 85 (pada tahun sekitar 2008), seingat beliau kota itu ditemui sekitar tahun 1,930-an, iaitu ketika beliau dan penduduk mencari hasil hutan. Di kawasan itu juga ada dusun durian. Beliau menceritakan kota itu memang besar (sebesar Empangan Linggiu) dan binaannya seolah-olah sebuah istana. Beliau berkata, kawasan itu pernah diduduki oleh beliau dan lebih 50 keluarga orang asli. Pada sekitar tahun 1950'an, akibat ancaman komunis, mereka semua dipindah keluar dan ditempatkan di tiga buah kampung sekarang.

Tuk Batin Adong, 58 turut menceritakan pernah anak buahnya masuk ke kawasan kota itu dan melihat binaan kota berbatu hitam itu. Apabila anak buahnya itu ingin pergi semula untuk kali kedua ke kota batu hitam itu, tetapi gagal menemuinya.

Kota Purba itu dipercayai telah jatuh setelah di serang Empayar Dinasti Chola l pada tahun 1,025 Masihi.

Edited (23/08/2020): Pada tarikh 19/02/2019, Setiausaha Kehormat PSM tersebut telah memaklumkan kepada saya melalui komunikasi Facebook Messanger bahawa Tok Batin yang diceritakan didalam artikel ini telahpun meninggal dunia.


Kerajaan Melayu Melaka berusia kira-kira 756 tahun (Sebelum ketibaan Parameswara)

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi. Hal ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010. Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.


Kerajaan Beruas di Perak berusia kira-kira 670 tahun

Kerajaan Beruas dipercayai diasaskan oleh anak Raja Acheh, Sultan Malik Al-Mansur Bin Sultan Muhammad Az-Zahir Bin Sultan Malik Al-Salih, setelah beliau diusir keluar dari Acheh pada sekitar tahun 1,346 Masihi. Beliau merupakan adik-beradik dengan Sultan Malik Al-Mahmud yang memerintah Pasai pada ketika itu. Menurut 'Sulalatus Salatin', seorang Raja Beruas pernah datang menghadap Sultan Mahmud Shah (1,488 - 1,511) di Melaka memohon bantuan untuk menyerang Kerajaan Manjung. Sultan Mahmud Shah berkenan membantu dan menyerang Kerajaan Manjung. Kerajaan Manjung akhirnya diperintah oleh Kerajaan Beruas dibawah Naungan Empayar Kesultanan Melayu Melaka. 


Empayar Kesultanan Melayu Melaka berusia 615 tahun (Parameswara)

Terdapat beberapa versi sejarah berkenaan peristiwa penubuhan kerajaan Melaka. 

Menurut 'Sulalatus Salatin', Raja Kerajaan Singapura Lama terakhir, Paduka Sri Maharaja Parameswara (1,399 – 1,401) yang merupakan keturunan putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama yang telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Pada 1,401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu.
  
Menurut laporan 'Suma Oriental' yang dikarang oleh Tome Pires pada tahun 1,512 - 1,515 (laporan untuk Raja Emanuel) yang diterjemahkan dan diterbitkan pada tahun 1,944 oleh Hakluyt Society (bukan tulisan asli Tomé Pires), menceritakan bahawa putera Raja Palembang, Parameswara telah menikah dengan seorang puteri dari Majapahit, Jawa Timur sebelum berlaku peristiwa pada tahun 1,377 dimana Sriwijaya ditakluki oleh Majapahit. Selepas Parameswara menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi menjadi Raja Palembang, baginda tidak mahu membayar ufti pada Empayar Majapahit dan mendeklarasikan kemerdekaan Plaembang dari naungan Empayar Majapahit. Akibatnya, Empayar Majapahit telah menyerang Palembang, dan Parameswara telah melarikan diri ke Temasik dan membunuh Tamagi, seorang wakil kerajaan Siam di Temasik. Kemudian, pada tahun 1,398, kerajaan Ayutthaya (Siam) telah menyerang Temasik dan Parameswara telah melarikan diri ke kawasan yang lebih utara dan pada tahun 1,400 Orang Laut yang menjadi pengikutnya setuju Sungai Bertam dijadikan perkampungan yang akhirnya menjadi kerajaan Melaka.

Menurut 'Sulalatus Salatin' yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1,565, Parameswara terus melarikan diri ke Muar, dan seterusnya ke Muara Sungai Bertam. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami kawasan itu dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja. 

Parameswara memeluk Islam dan berkahwin dengan Puteri Pasai pada tahun 1409 dan menukar nama beliau kepada Raja Iskandar Shah. Pada tahun 1,511 Empayar Melaka telah diserang oleh Penjajah Portugis. Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah (1,488 – 1,511) telah melarikan diri ke Kampar dan meninggal dunia di sana. 

Manakala putera Sultan Mahmud Shah, Sultan Muzaffar Shah I telah membentuk Kerajaan Kesultanan Melayu Perak. Keturunan kesultanan Melayu Perak masih berterusan sehingga Sultan yang terkini, iaitu Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah (2014 - kini). Putera Sultan Mahmud Shah yang lain, Raja Ali telah mendirikan kerajaan Kesultanan Johor Lama dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Keturunan Sultan Mahmud Shah di Johor berakhir dengan pembunuhan Sultan Kerajaan Johor Lama ke-9 atau ke-10, Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud / Raja Mahmud) oleh Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dalam tahun 1699. 


Kerajaan Kesultanan Melayu Perak berusia 490 tahun

Sultan Kerajaan Melayu Perak telah dimulakan oleh Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I, anak kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah. Salasilah pemerintahan keturunan kesultanan Melayu Perak ini masih berterusan hingga kini dengan sultan yang terkini iaitu Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah sejak 2014 hingga kini dibawah pemerintahan Negara Malaysia.


Kerajaan Kesultanan Melayu Johor berusia 490 tahun

Kesultanan Johor keturunan Kesultanan Melayu Melaka (1528 - 1699)

Sultan Johor (Johor Lama) pertama ialah Sultan Alauddin Riayat Shah II, anak kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah. Pada tahun 1699, Sultan Johor ke-10, Sultan Mahmud Shah ll telah dibunuh oleh bendaharanya sendiri, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil.

Kesultanan Johor Keturunan Bendahara (1699 - 1720)

Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil telah menjadi raja pada tahun 1699 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV.

Kesultanan Johor keturunan Kesultanan Melayu Melaka (1718 - 1722)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) mendakwa beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud Shah ll. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Sultan Abdul Jalil IV diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil ialah pewaris Sultan Mahmud Shah II.

Kemudian, pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV gagal dan beliau telah melarikan diri ke Pahang. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV.

Anak Sultan Abdul Jalil IV, Raja Sulaiman dan Tun Abas berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil dan menghalaunya balik ke Siak pada 1723. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah menubuh kerajaan Kesultanan Siak Sri Indrapura (Kesultanan Siak) di wilayah Riau, Indonesia pada tahun 1723. Kerajaan Kesultanan Melayu Siak berakhir setelah raja terakhirnya, Sultan Assayyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin II (Syarif Kasyim II) (1915 – 1949) pada November 1945 mengirim kawat kepada Presiden Republik Indonesia yang menyatakan kesetiaanya dan beliau menyerahkan harta bendanya untuk perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia dan menyertai Republik Indonesia pada tahun 1946.

Kesultanan Johor keturunan Bendahara (1722 - 1877)

Kesultanan Johor kembali pada keturunan Bendahara, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722 - 1760), sultan Johor ke-13 (Sultan Johor - Riau) dan diwarisi hingga ke Sultan Johor yang ke-19,  Sultan Ali Iskandar Shah (1835 - 1877).

Kesultanan Johor keturunan Temenggung (10 Mac 1855 - kini)

Kesultanan Johor diwarisi pula oleh keturunan Temenggung setelah Sultan Ali Iskandar Shah menyerahkan takhtanya pada Temenggung beliau, Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Abdul Rahman (10 Mac 1855 – 31 Januari 1862).

Kesultan Melayu Johor diteruskan dengan keturunan Temenggung hinggalah Sultan Johor ke-25 yang terkini, Brigedier Jeneral Sultan Ibrahim Ismail ibni Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj (23 Januari 2010 – kini). 


Tambahan

Walaubagaimanapun, terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu lama yang tidak dicatatkan dalam artikel ini seperti kerajaan Chih-Tu, Kerajaan Kelantan dan lain-lain



Sumber

https://www.thepatriots.asia/tiada-indianisasi-di-lembah-bujang/

http://heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-senarai-aktiviti/penyelidikan-arkeologi-di-malaysia/semenanjung/lembah-warisan-lenggong-perak/bukit-bunuh-1-83-juta-tahun

http://whc.unesco.org/document/152564

http://www.heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-senarai-aktiviti/penyelidikan-arkeologi-di-malaysia/semenanjung/lembah-warisan-lenggong-perak/kota-tampan-74-000-tahun

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_di_Malaysia

http://heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-senarai-aktiviti/penyelidikan-arkeologi-di-malaysia/semenanjung/lembah-warisan-lenggong-perak/bukit-bunuh-1-83-juta-tahun

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujang

http://saku30.tripod.com/bab3.htm

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Kedah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu

https://en.wikipedia.org/wiki/Medang_Kingdom

https://ms.wikipedia.org/wiki/Wangsa_Chola

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inskripsi_Tanjore

https://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya

https://www.orangkedah.com/asal-usul-negeri-kedah-darul-aman.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kedah

http://www.heritage.gov.my/ms/penerbitan/anjung-warisan/113

https://books.google.com.my/books?id=rGRoDwAAQBAJ&pg=PT158&lpg=PT158&dq=lembah+bujang+batu+110+masihi&source=bl&ots=E0KqSZ0euS&sig=qmE5tgtDzY27MgiaMKfXpJQreek&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjR7KqegZXfAhWBMY8KHYxdBz4Q6AEwCnoECAIQAQ#v=onepage&q=lembah%20bujang%20batu%20110%20masihi&f=false

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htm

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kedah

https://www.orangkedah.com/senarai-nama-sultan-kedah-dari-dahulu-sehingga-sekarang.html

https://cilisos.my/wuut-kedah-has-the-oldest-civilisation-in-south-east-asia/

https://soscili.my/malaysia-ada-tamadun-tertua-di-asia-tenggara-ini-antara-penemuan-prasejarah-di-malaysia/

https://en.wikipedia.org/wiki/Bujang_Valley

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua

https://ms.wikipedia.org/wiki/Borobudur

https://ms.wikipedia.org/wiki/Angkor_Wat

https://www.livescience.com/23841-angkor-wat.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Angkor_Wat

https://whc.unesco.org/en/list/668/

https://whc.unesco.org/en/list/592

https://www.thepatriots.asia/kisah-kisah-perang-dalam-sejarah-melayu-sulalatus-salatin/

https://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Annals

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin

https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2016/11/sejarah-kewujudan-kerajaan-melayu-lama.html

https://www.orangperak.com/kisah-kejatuhan-gangga-negara-di-bumi-perak.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa

https://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inskripsi_Tanjore

https://www.orangperak.com/penemuan-patung-avalokitesvara-membuktikan-kewujudan-kerajaan-melayu-gangga-negara.html

https://books.google.com.my/books?id=YieNDAAAQBAJ&pg=PT71&lpg=PT71&dq=raja+suran+gangga+negara+chola&source=bl&ots=dwbijXIF2c&sig=uRbicOYvP7x4qEsm_3GTKVIHl20&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjaytDR05zfAhWGqY8KHUdDBKgQ6AEwDHoECAAQAQ#v=onepage&q=raja%20suran%20gangga%20negara%20chola&f=false

https://www.scribd.com/doc/28669183/Melaka-Bukanlah-Negeri-Yang-Terawal-Menerima-Islam-Di-Tanah-Melayu

https://rupadiawan.blogspot.com/2009/01/kota-gelanggi-hanya-wujud-pada-nama.html

https://www.malaysiakini.com/news/63978

https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Gelanggi

http://www2.bharian.com.my/node/124215

http://suthasuccess.weebly.com/matters-of-interest/the-lost-world-of-kota-tinggilinggiukota-gelanggi

https://www.orangjohor.com/kerajaan-purba-johor-wujud-di-kawasan-takungan-linggiu.html

https://www.thestar.com.my/news/nation/2005/02/03/lost-city-believed-found-in-johor/

http://putegha.blogspot.com/2015/01/beruas-kerajaan-purba-yang-dilupakan.html

http://beruaskita.blogspot.com/p/blog-page.html

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/menyusuri-sejarah-beruas-melalui-pasai-1.343886

https://ms.wikipedia.org/wiki/Suma_Oriental

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Ayutthaya

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muzaffar_Shah_I,_Perak

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/16/sejarah-negeri-perak/

https://www.perak.gov.my/index.php/kerajaan-negeri/mengenai-perak/sejarah-ringkas

https://www.orangperak.com/kesultanan-perak-keturunan-kerajaan-paling-tua-dalam-negeri-melayu.html

http://www.orangperak.com/beting-beras-basah-menjadi-saksi-kehadiran-sultan-perak-pertama.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Alauddin_Riayat_Shah_II

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah_II

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Perak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Perak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Johor

https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Jalil_IV

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Sulaiman_Badrul_Alam_Shah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Jalil_Rahmat_Shah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Abdul_Jalil_Shah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan-sultan_Kerajaan_Siak_Sri_Indrapura

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Siak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Assyaidis_Syarif_Kasyim_Abdul_Jalil_Syaifudin

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Seletar

https://ms.wikipedia.org/wiki/Chih_Tu

http://nizamgtz.blogspot.com/2016/05/chih-tu-empayar-melayu-yang-kemerahan.html

http://nizamgtz.blogspot.com/2015/10/kedah-tua-dari-sebuah-kota-kepada.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Eridu

Comments

Post a Comment

Follow saya di:

Facebook: https://facebook.com/afif.cakka
Twitter: https://twitter.com/afif_software
Instagram: https://instagram.com/afif_software

Komen adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

Halaman Facebook

Boleh Follow kami di Facebook dibawah untuk dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru dari blog ini: