Asal-usul Manusia (Human Origin) - Berdasarkan Bukti Al-Quran dan Sains

Sebelum anda memulakan bacaan, kenali dulu maksud terma-terma ini:

  1. Homo Sapiens - Ialah manusia jenis manusia moden (bukan manusia monyet atau manusia separa-monyet) yang hidup pada hari ini. Satu-satunya spesis Homo Sapiens yang masih wujud (tidak pupus) adalah Homo Sapiens Sapiens. Maka, terma Homo Sapiens didalam artikel ini  sebahagiannya adalah merujuk pada Homo Sapiens itu sendiri dan sebahagian yang lain adalah merujuk kepada Homo Sapiens Sapiens.

Penemuan Kajian Arkeologi

Fosil tulang manusia bukan Homo Sapiens

Nyanzapithecus alesi (Alesi) - Fosil tulang manusia cimpanzi bayi (1 tahun 4 bulan) dipercayai paling tua pernah ditemui. Tulang Alesi ditemui dikawasan abu gunung berapi di Barat Lake Turkana di utara Kenya. Usianya ditentukan di Makmal Noble Gas, University Rutgers, New Brunswick, New Jersey dengan mengukur isotop argon didalam lapisan batu fosil tersebut yang mencatatkan usia 13,000,000 tahun.

Penemuan manusia spesis Graecopithecus freybergi (El Graeco) - Telah ditemui di Pyrgos Vassilissis, Greece and Azmakia, Bulgaria  dan mencatatkan usia 7,240,000 dan 7,175,000 tahun masing-masing

Little Foot - Tulang manusia dewasa jenis Australopithecus, dan merupakan tulang manusia pernah ditemui tertua di Selatan Afrika. Usaha menyempurnakan penemuan rangka manusia ini memakan masa lebih daripada 20 tahun. Little Foot dicatatkan berusia 3,670,000 tahun.

Lucy - Tulang manusia jenis Australopithecus, dicatatkan berusia 3,200,000 tahun ditemui di Ethiopia.

Fosil tulang manusia Homo Sapiens

Jebel Irhoud - Tulang manusia Homo Sapiens paling tua pernah di temui, ditemukan oleh pelombong pada tahun 1960 di Morocco. Jebel Irhoud Dicatatkan berusia kira-kira 300,000 tahun.

Lokasi penemuan tulang Jebel Irhoud


Penemuan Kajian DNA

Umur Ibu semua manusia (200,000 tahun)

Kajian umur ibu semua manusia dilakukan dengan mengukur usia Mitokondria Eve (mt-MRCA), yang mana maklumat mitokondria ini menyimpan maklumat ibu dan diwariskan kepada anak lelaki dan anak perempuan tanpa sebarang perubahan. Kajian menunjukkan usia DNA Mitokondria Eve berusia 200,000 tahun. Sebagai orang Islam, kita beriman bahawa ibu kepada semua manusia yang ada pada hari ini (sejak Nabi Adam AS.) adalah Siti Hawa yang kita percaya diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam AS. ketika Nabi Adam AS. tinggal di Syurga.

Umur Bapa semua manusia (300,000 tahun)

Umur bapa manusia dilakukan dengan mengukur usia Kromosom Y (Y-MRCA), yang mana kromosom Y ini diwariskan kepada anak lelaki sahaja. Maka, dari itu, kita dapat mengenalpasti bapa kepada bapa kepada bapa (dan seterusnya) kepada seorang lelaki dengan mengkaji Kromosom Y ini. Usia kromosom Y dicatatkan ialah seperti berikut:

1- Pada tahun 1990-an, anggaran usia kromosom Y ialah antara 200,000 hingga 300,000 tahun

2- Pada tahun 2000, Thomson et al. mencadangkan usia kromosom Y ialah 59,000 tahun

3- Pada tahun 2010-an, usia kromosom Y dianggarkan berusia 120,000 hingga 160,000 tahun

4- Pada tahun 2013, Francalacci et al. telah membuat ujikaji keatas 1204 orang Sardinian dan mendapati usia kromoson Y ialah 180,000 - 200,000 tahun

5- Pada tahun 2013 juga, Poznik et al. telah mengkaji DNA 69 individu daripada 9 populasi berbeza dan menganggarkan bahawa kromosom Y berusia antara 120,000 dan 156,000 tahun. Kajian yang sama beliau juga menganggarkan bahawa usia Mitokondria Eve berusia antara 99,000 dan 148,000 tahun

6- Siaran UANews March 1, 2013 memaparkan analisis kajian DNA keatas individu yang sukarela menghantar DNA nya kepada 'Family Tree DNA', sebuah syarikat yang mahir dalam analisis DNA untuk menjejaki susur galur keturunan, bercabang daripada pokok (susur galur) kromosom Y sebelum kemunculan pertama rekod fosil manusia moden (Homo Sapiens). Analisis tersebut menunjukkan bahawa keturunan ini menyimpang (Bercabang) dari kromosom Y yang terdahulu kira-kira 338,000 yang lalu, masa ketika manusia moden secara anatom (Homo Sapiens) belum berkembang, Kata Michael Hammer, seorang associate professor di Universiti Arizona, bahagian department of ecology and evolutionary biology and a research scientist di Makmal Kajian University Arizona, laporan Daniel Stolte, Komunikasi Universiti, March 1, 2013 UANews

7- Pada tahun 2014, Elhaik et al. menganggarkan kromosom Y berusia antara 163,900 dan 260,200 tahun

Maka, dapat saya simpulkan bahawa Kromosom Y ini berusia sekitar 300,000 tahun.


Kajian Dunia Islam

Umur manusia sekitar 7,000 hingga 8,000 tahun

Jangkaan ini dibuat oleh Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berdasarkan kaedah perkiraan tempoh masa dan zaman tamadun manusia.

Umur manusia sejak dari zaman Nabi Adam AS. adalah lebih dari 8,250  tahun

Perkara ini disiarkan terbitan IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-71, bertajuk 'UMUR NABI NUH AS DAN JARAK MASA ANTARA NABI ADAM AS DAN NUH AS.', karangan Mufti Wilayah Persekutuan, berkenaan Firman Allah dalam Surah Al-‘Ankabut:14 yang memberitahu bahawa Nabi Nuh AS. berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun. Sebahagian para ulama’ antaranya Imam Ibn Kathir mengatakan bahawa pendapat Ibn Abbas RA adalah yang paling hampir atau dekat (dengan kebenaran) iaitu anggaran umur Nabi Nuh AS. adalah 1050 tahun.

Dalam terbitan tersebut juga memaparkan Hadis Nabi SAW., dalam Sahih Ibn Hibban (no. Hadith 6190), al-Mustadrak, 2:296 yang menunjukkan bahawa jarak antara Nabi Ada AS. dan Nabi Nuh AS. adalah 1,000 tahun.

Jarak antara Nabi Isa AS. dan Nabi Muhammad SAW. adalah 600 tahun

Berdasarkan buku 'Mengungkap Berita Besar Dalam Kitab Suci', karangan ‘Abd al-Wahhāb ‘Abd al-Salām Ṭawīlah ada menyebutkan hadis Rasullulah SAW dari Salman Al Farisi yang bercerita bahawa, "Tempoh antara Isa dan Muhammad SAW adalah selama 600 tahun." [Hadis riwayat Bukhari]

Usia Umat Nabi Muhammad SAW. ini dikira sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW. hinggalah kematian beramai-ramai orang-orang beriman sebelum tiba Hari Kiamat.

Berdasarkan buku 'Mengungkap Berita Besar Dalam Kitab Suci' juga, telah memaparkan Hadis dari Sa’ad bin Abu Waqqash, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, "Sesungguhnya saya berharap agar umatku tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan mengundurkan (mengulurkan) umur mereka selama setengah hari”. Kemudian Sa’ad ditanyai orang: Berapakah lamanya setengah hari itu? Ia (Sa’ad) menjawab: “Lima ratus tahun." 
- Hadis shahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim dan disahihkan oleh Al Albani

Berdasarkan buku 'MUNHAJUL MUSLIM', karangan Syaikh Abu Bakar Jabar Al-Jazairi, menyebutkan Hadis Nabi SAW. dari Abu Hurairah ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Hari yang terbit matahari padanya yang paling baik adalah hari jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam syurga, pada hari itu pula ia dikeluarkan darinya, dan tidak akan terjadi hari kiamat kecuali pada hari Jumaat." 
- HR. Muslim, Tirmizi & Ahmad

Surah As-Sajadah, ayat 5, Allah berfirman, "DIA mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-NYA dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"

Dari buku 'Dasyatnya Petaka Kiamat', telah disebutkan Hadis Nabi SAW. dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah SAW (kepadanya), kemudian ia berkata, " Umur Adam adalah 1000 tahun. Kemudian ia berkata: Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun." 
- HR. Hakim

Maka, umur manusia sejak Nabi Adam AS. hingga Nabi Muhammad adalah 6,800 tahun. Jika ditambah dengan 1,400 tahun hingga zaman kini, umur manusia sejak Nabi Adam adalah 8,250 tahun (dengan mengabaikan umur Nabi Ibrahim, Musa, Isa AS.).


Teori 'Keluar Dari Afrika' (Out of Africa)

Di sisi akademik dunia pada hari ini, majoriti sejarawan bersetuju bahawa manusia yang ada pada hari ini adalah dari jenis Homo Sapiens Sapiens, iaitu satu-satunya manusia jenis Homo Sapiens yang masih wujud (tidak pupus). Maka, teori 'keluar dari Afrika' (Out of Africa) telah diperkenalkan, memberitahu bahawa berkemungkinan manusia yang hidup pada hari ini berasal dari manusia yang hidup di Afrika, dan manusia-manusia Afrika tersebut telah keluar dari benua Afrika kira-kira 70,000 tahun dahulu. Teori ini mendakwa bahawa manusia yang keluar dari Afrika ini sebahagiannya menuju ke utara dan sebahagian yang lain menuju ke Timur dan membentuk populasi dunia pada hari ini.

Walaubagaimanapun, terdapat penemuan arkeologi yang mungkin menyangkal teori 'Keluar Dari Afrika' ini, iaitu penemuan bandar/petempatan purba  di Kota Tampan, Lenggong, Perak yang berusia 74,000 tahun.

Kota Tampan, Lenggong, Perak telah menjadi salah satu kawasan pengiktirafan UNESCO setelah dijumpai satu penempatan/bandar manusia dikawasan tersebut dengan penemuan tapak bekas lembah padi, tasik purba dan kedai-kedai tasik purba. Malah telah dijumpai juga kilang pembuatan peralatan batu (dalam keadaan masih sempurna) dan peralatan-peralatan serta hasil-hasil pembuatan yang berusia 70,000 tahun dahulu telah membuktikan bahawa telah ada manusia yang mendiami kawasan ini sejak sekilan lama.

Penemuan peralatan-peralatan canggih purba ini membuktikan bahawa Asia Tenggara juga telah memiliki teknologi-teknologi purba canggih seperti ditempat-tempat lain. Penemuan bekas debu-debu lava gunung berapi (dipercayai dari letusan gunung berapi Toba) dipercayai menjadi punca yang membuatkan petempatan ini tidak lagi berpenghuni. Para pengkaji tidak menemui sebarang fosil tulang manusia dikawasan ini menyebabkan kita tidak dapat mengenalpasti sama ada manusia yang tinggal dikawasan ini 74,000 tahun yang lalu merupakan dari jenis Homo Sapiens atau Homo Erectus.

Teori saya

Sama ada petempatan ini ditinggalkan atau (hampir) kesemua penduduknya hangus dibakar oleh lava gunung berapi. Tambahan pula, mana mungkin lembah padi, peralaan-peralatan dan kilang yang canggih boleh wujud di petempatan itu tanpa dibina oleh manusia. Disebabkan usia penduduk ini terlalu lama, maka saya keluarkan 4 teori:

1- Penemuan ini mungkin menolak teori 'Keluar Dari Afrika'. Jika ini benar, bermakna, Orang Afrika bukanlah nenek moyang manusia pertama yang membentuk populasi dunia kerana terdapat penemuan petempatan manusia cerdas lain diluar bumi Afrika (Lenggong, Perak) sebelum berlakunya peristiwa 'Keluar Dari Afrika'.

2- Manusia yang keluar dari Afrika telah memiliki teknologi pembuatan yang canggih, dan petempatan di Kota Tampan ini telah didiami oleh manusia yang (antara) paling awal tiba di Nusantara (dari Afrika). Dan kemudian, mereka terus membina bandar/petempatan dalam masa beberapa (ribu) tahun sejurus mereka tiba di petempatan ini.

3- Telah ada segerombolan manusia (Homo Sapiens) yang keluar dari Afrika lebih awal daripada teori 'Keluar Dari Afrika' dan menjadi nenek moyang kepada orang-orang Melayu dan kesemua populasi di Asia (Khususnya Asia Timur).

4- Mungkin ianya merupakan manusia jenis bukan Homo Sapiens atau Homo Sapiens yang telah pupus.


Persoalan 1 - Umur umat manusia berbeza antara kajian Islam dan kajian Sains?

Jika kita melihat kajian dari dunia Islam dan dunia sains, kelihatan terhadap fakta bertentangan berkenaan kajian umur manusia. 

Saya menjawab penemuan fosil tulang manusia cimpanzi berusia jutaan tahun

Perkara ini tidak bercanggah dengan kajian dunia Islam, kerana manusia pada hari ini berasal dari Nabi Adam AS. dan Siti Hawa, dan bukanlah dari monyet, mahupun manusia separa-monyet. Tidak mustahil bagi Allah untuk mencipta monyet purba, manusia separa-monyet dan manusia purba yang hidup sebelum Nabi Adam AS. dan telah pupus dengan kehendak Allah sebelum Nabi Adam AS. turun ke Bumi.

Saya menjawab penemuan fosil tulang manusia cerdas berusia lebih dari 500,000 tahun

Fosil-fosil yang ditemukan yang berusia lebih 500,000 tahun dan seumpamanya merupakan fosil tulang manusia bukan jenis Homo Sapiens, sedangkan manusia pada hari ini adalah dari jenis Homo Sapiens.

Saya menjawab penemuan fosil Homo Sapiens berusia 300,000 tahun

Seperti yang saya sebutkan, tidak mustahil bagi Allah untu mencipta manusia purba yang hidup dan pupus sebelum Nabi Adam AS. turun ke Bumi. Kerana memang kita percaya bahawa  telah ada Makhluk yang mendiami Bumi sebelum Nabi Adam AS. diciptakan seperti para Jin.

Saya menjawab penemuan umur Kromosom Y seusia 300,000 tahun dan umur Mitokondria Eve seusia 200,000 tahun

Jika dengan izin Allah benar kajian asal-usul manusia melalui kajian DNA ini, maka ia tidak bertentangan dengan kajian dunia Islam berkenaan Nabi Adam AS. dan Siti Hawa. Kita sedia maklum bahawa Nabi Adam AS. dan Siti Hawa hidup di Syurga sebelum hidup di Bumi. Maka, saya mengeluarkan teori bahawa ratusan Ribu tahun umur Nabi Adan AS. dan Siti Hawa tersebut telah dihabiskan di Syurga. 

Kita maklum bahawa masa di Akhirat (sisi Allah) 1 hari bersamaan 1,000 tahun di Dunia. Jika kita padankan kajian dunia Islam bahawa Nabi Adam AS. wujud (di dunia) sejak kira-kira 7,000 tahun yang lalu, maka baki kira-kira 193,000 tahun Siti Hawa dan baki kira-kira 293,000 tahun bagi Nabi Adam AS. telah dihabiskan di Syurga. 

Andaikata kita ambil anggaran masa tersebut, jika kita menukarkan dengan masa Akhirat, maka Nabi Adam AS. dan Siti Hawa tinggal di Syurga selama kira-kira 293 hari Akhirat dan 192 hari Akhirat masing-masing.

Saya menjawab Teori 'Keluar dari Afrika' pada kira-kira 70,000 tahun dahulu

Seperti yang kita sedia maklum, 'Out of Africa' ini hanyalah sebuah teori Barat semata-mata dan bukannya satu bentuk fakta, dan ianya dibuat berdasarkan kajian-kajian arkeologi dan sejarah yang mereka lakukan. Kita sebagai orang Islam yang beriman, kita tetap meyakini bahawa semua manusia yang ada pada hari ini adalah berasal dari Nabi Adam AS. dan Siti Hawa.


Persoalan 2 - Fosil tulang manusia purba lebih rendah dari manusia kini sedangkan tinggi Nabi Adam AS. 60 hasta?

Teori saya untuk mengharmonikan fakta kajian dunia Islam dan kajian Sains berkenaan tinggi Nabi Adam AS.

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan bersama kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah bersama kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” 
- Hadis riwayat Muslim

Hadis ini menunjukkan ketinggian manusia berkurang selepas Nabi Adam AS.. Saya mengeluarkan teori bahawa tinggi Nabi Adam AS. 60 hasta adalah tinggi di Syurga (bukan di Bumi), ini bersesuaian dengan Hadis yang  berbunyi,

“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk surga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah, tidak beringus….istri-istri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta di langit” (HR Al-Bukhari 3327)

Hadis ini juga menyebutkan bahawa semua manusia apabila mereka masuk ke dalam Syurga, tinggi mereka akan kembali seperti tinggi asal Nabi Adam di Langit (Syurga), iaitu 60 hasta.

Penemuan-penemuan fosil tulang Homo Sapiens ribuan tahun dahulu (selepas zaman Nabi Adam AS. diturunkan ke Bumi mengikut kajian dunia Islam) menunjukkan bahawa ketinggian manusia pada zaman tersebut lebih kurang sama dengan ketinggian manusia moden pada hari ini. Contohnya:

Tulang Firaun Sanakht, Dinasti ke-3 Tamadun Mesit Purba, berusia 4,700 tahun - 1.86 meter

Tulang Firaun Ramesses II, berusia 3,700 tahun - 1.75 meter

Tulang di Perkuburan Jiaojia, Jiaojia village, Zhangqiu daerah di Bandaraya Ji'nan , timur China, berusia 5,000 tahun - 1.9 meter

Hujjah menyokong dakwaan bahawa umur umat manusia (di Bumi) sekitar 7,000 tahun

Kajian serajawah dan ahli arkeologi hanya dapat membuktikan bahawa kewujudan penduduk-penduduk di tamadun-tamadun manusia purba yang paling tua seperti Tamadun Mesopotamia (Babylon dan lain-lain) hanyalah sekitar 8,000 tahun (6,000 tahun sebelum Masihi), manakala Tamadun-tamadun lain seperti Indus, China, Andes, MesoAmerica, Aegean lebih muda dari tamadun Mesopotamia.

Zaman sebelum wujudnya tamadun purba, dikatakan manusia telah hidup bermasyarakat dan bercucuk tanam sejak 7,090 tahun dahulu seperti kewujudan petempatan di Jarmo di Iraq.

Walaubagaimanapun, penemuan bengkel-bengkel pembuatan yang berusia 200,000 tahun di Lenggong Perak, struktur paling tua pernah direkodkan seperti Göbekli Tepe di Tenggara Turkey yang berusia 12,000 tahun, petempatan Jericho yang berusia 11,000 tahun dan lain-lain tempat di Dunia, teori saya mengatakan yang ianya mungkin merupakan bandar atau tamadun manusia (Homo Sapiens yang telah pupus) sebelum kedatangan Nabi Adam AS. dan Siti Hawa ke Bumi.

Hujjah saintifik menolak teori Charles Darwin yang mendakwa manusia (kononnya) berasal dari beruk

DNA Mitokondria Eve (DNA ibu semua manusia) mencatat umur hanya sekitar tahun 200,000 tahun, dan DNA Kromosom Y (DNA) bapa manusia paling tua mencatat umur sekitar 300,000 tahun. Manakala, penemuan tulang-tulang manusia-monyet purba dan manusia separa-monyet berusia jutaan tahun.

Tidak ada bukti DNA Kromosom Y mencatat rekod usia hingga jutaan tahun, dan mustahil DNA Mitokondria Eve berasal dari monyet atau manusia monyet kerana usia mitokondria Eve direkodkan hanya berusia 200,000 tahun, sedangkan manusia separa-monyet dan seumpamanya hidup jutaan tahun dahulu.

Sedangkan tulang-tulang manusia cerdas purba Non-Homo Sapiens (bukan spesis manusia moden hari ini) pun berusia lingkungan 500,000 tahun, apatah lagi manusia beruk yang berusia jutaan tahun. 


Sumber

https://www.theeastafrican.co.ke/magazine/Kenyan-ape-fossil-recognised/434746-4124496-dyrcrj/index.html

http://www.asianage.com/science/100817/scientists-discover-13-million-year-old-fossil-skull-of-an-infant-ape.html

https://www.telegraph.co.uk/science/2017/08/09/meet-alesi-13-million-year-old-baby-ape-putting-face-earliest/

https://www.sciencemag.org/news/2017/08/ancient-infant-ape-skull-sheds-light-ancestor-all-humans-and-living-apes

https://www.washingtonpost.com/news/speaking-of-science/wp/2017/08/09/discovery-of-13-million-year-old-ape-skull-shows-what-human-ancestors-may-have-looked-like/?noredirect=on&utm_term=.8de87fed1265

https://news.nationalgeographic.com/2017/12/million-year-old-human-ancestor-unveiled-to-public-spd/

https://www.purdue.edu/newsroom/releases/2015/Q2/new-instrument-dates-old-skeleton-little-foot-3.67-million-years-old.html

https://www.sciencealert.com/little-foot-australopithecus-hominid-oldest-most-complete-south-africa

https://www.sciencedaily.com/releases/2017/05/170523083548.htm

https://news.artsci.utoronto.ca/all-news/scientists-identify-7-2-million-year-old-pre-human-remains-balkans/

http://www.oldest.org/people/human-remains/

https://www.sciencemag.org/news/2017/06/world-s-oldest-homo-sapiens-fossils-found-morocco

https://www.nature.com/news/oldest-homo-sapiens-fossil-claim-rewrites-our-species-history-1.22114

https://en.wikipedia.org/wiki/Jebel_Irhoud

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_human_evolution_fossils

https://en.wikipedia.org/wiki/Y-chromosomal_Adam

https://uanews.arizona.edu/story/human-y-chromosome-much-older-than-previously-thought

https://ipfs.io/ipfs/QmXoypizjW3WknFiJnKLwHCnL72vedxjQkDDP1mXWo6uco/wiki/Anatomically_modern_human.html

https://uanews.arizona.edu/story/human-y-chromosome-much-older-than-previously-thought

https://en.wikipedia.org/wiki/Human_evolution

https://www.newscientist.com/article/dn23240-the-father-of-all-men-is-340000-years-old/

https://www.livescience.com/10015-age-confirmed-eve-mother-humans.html

http://news.rice.edu/2010/08/17/rice-statisticians-confirm-date-of-mitochondrial-eve-with-new-method/

https://www.sciencedaily.com/releases/2010/08/100817122405.htm

http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1120-irsyad-al-hadith-siri-ke-71-umur-nabi-nuh-as-dan-jarak-masa-antara-nabi-adam-as-dan-nuh-as

https://www.bharian.com.my/node/107926

https://irfan-irsyad.com/2011/12/07/perhitungan-umur-umat-islam/

https://books.google.com.my/books?id=PnBaDwAAQBAJ&pg=PA414&lpg=PA414&dq=Hari+yang+terbit+matahari+padanya+yang+paling+baik+adalah+hari+jumat&source=bl&ots=NkjAp-GqlY&sig=G-IVs_9Y14GtbKmpwRMxbAVpZNw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwja2vK94vveAhVFKY8KHcFmD74Q6AEwCHoECAEQAQ#v=onepage&q=Hari%20yang%20terbit%20matahari%20padanya%20yang%20paling%20baik%20adalah%20hari%20jumat&f=false

https://books.google.com.my/books?id=rJnsrxGed3oC&pg=PA340&lpg=PA340&dq=jarak+Isa+dan+Muhammad+SAW+600+tahun&source=bl&ots=V-uW3iEBxo&sig=rB29Lrbi9hJ5zHTeRBb7N2CRCVM&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwif5oPA4vveAhUHRY8KHeaCAe4Q6AEwCHoECAkQAQ#v=onepage&q=jarak%20Isa%20dan%20Muhammad%20SAW%20600%20tahun&f=false

https://books.google.com.my/books?id=G_xrCgAAQBAJ&pg=PA162&lpg=PA162&dq=Umur+Adam+adalah+1000+tahun&source=bl&ots=l8up2QGFRS&sig=AVc7EQZ9AI6c-cnTMSTYvWuwvS8&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjemd3T4PveAhWBRo8KHQMfDnMQ6AEwAXoECAUQAQ#v=onepage&q=Umur%20Adam%20adalah%201000%20tahun&f=false

https://www.livescience.com/60044-ancient-egyptian-pharaoh-first-human-giant.html

https://www.express.co.uk/news/science/839384/real-GIANT-ancient-egypt-pharaoh-Sanakht

https://www.smithsonianmag.com/smart-news/graveyard-giants-found-china-180963976/

https://www.independent.co.uk/news/science/archaeology/skeletons-china-giants-5000-year-old-archaeologists-discovered-jiaojia-jinan-shandong-a7824326.html

https://www.reddit.com/r/islam/comments/47uuqy/how_could_adam_as_be_60_cubitz_tall_at_least_18/

https://says.com/my/lifestyle/hadis-nabi-tentang-ketinggian-nabi-adam-gambar

https://kanzunqalam.com/2013/02/14/nabi-adam-dan-misteri-telapak-kaki-200-juta-tahun-yang-lalu/

https://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/tinggi-nabi-adam-mencapai-30-meter.htm

https://www.ancienthistorylists.com/ancient-civilizations/10-oldest-ancient-civilizations-ever-existed/

https://en.wikipedia.org/wiki/Cradle_of_civilization

https://en.wikipedia.org/wiki/Timeline_of_ancient_history

https://www.theartnewspaper.com/news/is-this-the-world-s-first-architecture

https://news.nationalgeographic.com/2016/01/150120-gobekli-tepe-oldest-monument-turkey-archaeology/

https://www.dainst.blog/the-tepe-telegrams/2016/06/22/how-old-ist-it-dating-gobekli-tepe/

https://www.researchgate.net/publication/317433791_Dating_Gobekli_Tepe

https://www.researchgate.net/publication/257961716_Establishing_a_Radiocarbon_Sequence_for_Gobekli_Tepe_State_of_Research_and_New_Data

https://en.wikipedia.org/wiki/G%C3%B6bekli_Tepe

https://en.wikipedia.org/wiki/Mesopotamia

https://www.timemaps.com/civilizations/ancient-mesopotamia/

https://www.ancient.eu/Mesopotamia/

https://www.khanacademy.org/humanities/world-history/world-history-beginnings/ancient-mesopotamia/a/mesopotamia-article

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Mesopotamia

https://en.wikipedia.org/wiki/Timeline_of_human_prehistory

https://en.wikipedia.org/wiki/Jericho

https://en.wikipedia.org/wiki/Jarmo

Comments

Halaman Facebook

Boleh Follow kami di Facebook dibawah untuk dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru dari blog ini: