Penemuan Dokumen Lama di Jepun dan Eropah berkenaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka
Dokumen lama, 'Rekidai Hoan' (1424 - 1867) Masihi: Laksamana Hang Tuah pernah berurusan dengan Kerajaan Ryukyu pada kurun ke-15 Masihi
Laksamana Hang Tuah merupakan seorang Laksamana bagi Sultan Melaka ke-7, Sultan Alauddin Riayat Shah yang pernah berurusan Kerajaan Kepulauan Ryukyu (dibawah naungan China pada ketika itu) yang kini bernama Pulau Okinawa di Negara Jepun.
Buku Lama, Suma Oriental (1515): Melaka Negara Terkaya di Dunia pada kurun ke-15 Masihi
![]() |
Gambar: Rekidai Hoan |

Sebuah dokumen rasmi kerajaan Ryukyu iaitu Rekidai Hoan (dokumen catatan hubungan diplomatik Kerajaan Ryukyu) yang tersimpan di Perpustakaan Okinawa, terdapat 19 pucuk surat yang menjadi perutusan antara Kerajaan Ryukyu dan Kerajaan Melaka.
Dua orang sejarawan Jepun iaitu Professor Atushi Kobata dan Mitsugu Matsuda menegaskan bahawa Laksamana yang disebutkan dalam surat (Bahasa Cina) tersebut merupakan Laksamana Hang Tuah, kerana pada tempoh waktu tersebut, sejarah dengan jelas mengatakan bahawa yang berkhidmat bagi Sultan Alaudin Riayat Syah ketika sekitar 1480 Masihi ialah Laksamana Hang Tuah yang dipercayai pada ketika itu berusia 50 tahun. Tidak menghairankan kerana Hang Tuah dipercayai mengetahui lebih kurang 12 buah bahasa.
Pada tahun 2003, sebuah artifak keris Melayu jenis yang dimiliki oleh pembesar-pembesar istana Kerajaan Melaka Lama telah ditemui di Kuil Enkakuji, di tapak yang berdekatan dengan Istana Shurijo, yang berusia abad ke-15 Masihi telah menjadi salah satu tanda hubungan diplomatik antara Melayu dan penduduk Okinawa sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kesimpulan Admin: Rupa-rupanya Hikayat Hang Tuah bukanlah sekadar dongeng seperti yang kita sangkakan selama ini, kerana telah dicatatkan dalam sejarah (bertulis) tentang bukti kewujudan Laksamana Muslim yang hebat (Hang Tuah) pada suatu ketika dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
![]() |
Gambar: Yang bertanda petak merah adalah Kepulauan Ryukyu (Pulau Okinawa) |
Kesimpulan Admin: Rupa-rupanya Hikayat Hang Tuah bukanlah sekadar dongeng seperti yang kita sangkakan selama ini, kerana telah dicatatkan dalam sejarah (bertulis) tentang bukti kewujudan Laksamana Muslim yang hebat (Hang Tuah) pada suatu ketika dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Buku Lama, Suma Oriental (1515): Melaka Negara Terkaya di Dunia pada kurun ke-15 Masihi
![]() |
Gambar: Muka depan buku Suma Oriental |
Seorang Portugis yang tinggal di Melaka pada kurun ke-15 Masihi, Tome Pires dalam bukunya 'Suma Oriental' (1515), yang dikarang semula oleh Armando Cortesao, muka surat 286 dan 287 menyebutkan bahawa Melaka merupakan Negara perdagangan yang lebih baik dari mana-mana tempat di dunia.
Tome Pires (1515) juga menyebut Negara Melaka tersangat kaya, tetapi malangnya kata beliau, rakyat Melaka terlalu berpegang teguh dengan ajaran Muhammad. Beliau melihat potensi Melaka untuk pergi lebih jauh jika Negara tersebut disekularkan. Beliau berpandangan bahawa selagi rakyat Melaka mengikut ajaran Muhammad, selagi itulah Melaka tidak akan maju lebih kehadapan.
Beliau juga berazam untuk melihat ajaran Muhammad dimatikan di Bumi Melaka, kerana beliau melihat dunia Melaka lebih kaya dan lebih berharga daripada tamadun Indies kerana barang paling murah di Melaka adalah Emas. Jika dibandingkan antara China, Jawa, Moluccas (Kepulauan Maluku), Sumatera dan Melaka, maka semua pasti akan memilih Melaka sebagai Negeri kegemaran mereka.
Di Melaka kata beliau, bawang merah dan bawang putih lebih berharga daripada musk (kasturi) dan 'benzoin'. Beliau menyebutkan lagi bahawa sesiapa yang berjaya menguasai Melaka, seolah-olah Venice (Itali/Rom) berada didalam genggaman mereka.
Kesimpulan Admin: Rupa-rupanya kunci kejayaan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu ialah, pemerintah dan rakyatnya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Maka, atas sebab itulah Portugis menyerang Kerajaan Melayu Islam Melaka pada tahun 1511 Masihi kerana ingin menghapuskan penganut ajaran Islam di Bumi Melaka.
Benarlah kata Saiyidina Umar Ra., "Kita dimuliakan oleh Allah kerana Islam. Maka kita akan menjadi hina jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam." Andaikata Negara kita melaksanakan Undang-undang Syariat Islam, saya yakin Negara kita akan menjadi maju seperti zaman kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu, Insyaallah.

Sumber
Armando Cortesao, Suma Oriental - http://www.sabrizain.org/malaya/library/pires.pdf
Tulisan Penuh Suma Oriental - https://archive.org/stream/McGillLibrary-136385-182/136385_djvu.txt
Flip Book (Gambar) Suma Oriental - https://archive.org/details/McGillLibrary-136385-182
Maklumat Rekidai Hoan - https://kyotoreview.org/issue-3-nations-and-stories/the-rekidai-hoan-documents-of-the-ryukyu-kingdom/
Maklumat Rekidai Hoan - https://en.wikipedia.org/wiki/Rekidai_H%C5%8Dan
Keris Melayu di Okinawa - https://www.thepatriots.asia/keris-melayu-di-okinawa/
Keris Melayu di Okinawa - https://www.thepatriots.asia/keris-melayu-di-okinawa/
Terusskann
ReplyDeleteTerima kasih tuan.
Delete