Senarai Raja/Sultan di Kelantan Sejak tahun 1183 sehingga Kini

Gambar dari Wikipedia: Istana Balai Besar


DINASTI AWAL LANGKASUKA 

1183-1233: Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma 

1233-1253: Maharaja Suran (Raja Surendra) 

1253-1267: Maharaja Thilam (Raja Tilam) 

1267-1296: Paduka Maharaja Sri Sakranta (Raja Zainuddin) 

1296-1318: Paduka Maharaja Sri Sang Tawal (Raja Abdullah) 

1318-1348: Raden Galuh Gemerenchang Paduka Che Siti Wan Kembang I (Raja Kelantan-Selatan) 


KERAJAAN KELANTAN ASAL (Kelantan Selatan/Pendalaman) 

Asalnya, Kelantan sudah ada kerajaan dan raja sendiri. Kemudian kerajaan Kelantan tersebut duduk dibawah Kerajaan Chermin pada tahun 1339. Kerajaan Chermin ialah kuasa besar yang memerintah Kelantan, Singgora (Selatan Thailand) dan Langkasuka(Selatan Thailand dan Kedah). Tapi pemerintahan kerajaan tersebut semakin lemah di zaman Cik Siti Wan Kembang dan beberapa raja selepas itu dan kerajaan ini lenyap pada tahun 1602 dibawah pemerintahan Raja yang terakhir, Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim. Ini susur galur pemerintahan mereka: 

1339-1362: Sultan Mahmud Ibni Adullah, putera kepada Paduka Sri Sang Tawal, Raja Langkasuka. Menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan ayahandanya, dan mengasaskan Kerajaan Chermin. Meluaskan empayar kerajaan Chermin dengan menakluk Perak, Kedah, Champa dan utara Sumatra. Dikalahkan oleh kerajaan Sukhotai pada tahun 1345 dan membayar ufti kepada Sukhotai. Masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Memindahkan ibu kota ke Bukit Panau. Kerajaannya menjadi taklukan Majapahit selepas Majapahit mengalahkan Sukhotai pada tahun 1357. Mangkat pada tahun 1362 


1391-1418: Sultan Baki Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Kerajaan Chermin (Langkasuka-Kelantan-Singgora) 

1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah. Memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Chermin ke pedalaman Nenggiri 

1429-1467: Sultan Iskandar 

14**-1522: Sultan Mansur Shah (Kelantan) 

1522-1526: Sultan Gombak ibni Almarhum Sultan Mansur Shah 

1526-1547: Sultan Ahmad Shah 

1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad 

1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur 

1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad 

1570-1579: Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mansur (kali kedua) 



KERAJAAN KELANTAN BARU (Kelantan Utara/Pelabuhan) 

Bila Kerajaan Champa(Selatan Vietnam) sedang diserang oleh Kerajaan Buddha Vietnam, maka Timbalan Raja Champa, Sultan Adiludin berundur ke Kelantan dan menubuhkan Kerajaan Jembal Kelantan. Kini Kelantan ada dua Kerajaan, iaitu kerajaan asal dan kerajaan Jembal berketurunan Timbalan Raja Champa. 

1579-1597: Sultan Adiludin Ibni Al-Marhum Nik Jamaluddin, 

1597-1602: Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim 

1605-1616: Sultan Samiruddin 

1616-1637: Sultan Abdul Kadir 

1637-1649: Raja Sakti ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir 

1649-1663: Raja Loyor 

1663-1667: Raja Bahar 

1667-1671: Puteri Saadong 

1671-1676: Sultan Abdul Rahim 

1676-1721: Sultan Umar (Keturunan Raja berketurunan Champa terakhir yang menjadi Raja Kelantan) 

…… Keturunan ini bersambung sehingga.… Mantan Menteri Besar Kelantan (1990 - 2013), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat Bin Raja Banjar 

Kerajaan Kelantan(Jembal) keturunan Champa berakhir kerana takhta Raja diwarisi oleh menantu Sultan Umar dari keturunan Raja Pattani. Ini susur galur pemerintahan mereka: 

1721-1734: Long Bahar Ibni Wan Daim, Raja Patani pada tahun 1715 tetapi digulingkan oleh Raja Bendang Badan pada tahun 1716. Berkahwin dengan Raja Perempuan Pattani bernama Raja Mas Kelantan dan Raja Pah Binti Raja Sakti II.  

1734-1739: Raja Long Sulaiman (Kali pertama) 

1739-1746: Interregnum (Perang Saudara) 

1746-1756: Raja Long Sulaiman (Kali kedua) 

1756-1758: Raja Long Pandak 

1758-1763: Raja Long Muhammad 

1765-1795: Long Yunus 


1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus) 

1800-1835: Sultan Muhammad I (putera ke-6 Long Yunus) 

1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus) 

1837-1886: Sultan Muhammad II (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah)  

Kemudian, Kerajaan Kelantan Keturunan Raja Pattani berakhir kerana takhta Raja diwarisi oleh menantu Sultan Muhammah ll yang berketurunan Raja Terengganu. Keturunan Raja Terengganu kekal menjadi kerajaan Kelantan hingga Sekarang (2017). Susur galur pemerintahan mereka: 

1886-1890: Sultan Ahmad (Tengah) ibni al-Marhum Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur I Riayat Shah,Trengganu  (putera ke-4 Tengku Muhammad dan juga menantu Sultan Muhammad II) 

1890-1891: Sultan Muhammad III 

1891-1900: Sultan Mansur (adinda Sultan Muhammad III) 

Kerajaan Kelantan tidak menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1895

1900-1920: Sultan Muhammad IV (putera Sultan Muhammad III) 

1920-1943: Sultan Ismail (putera Sultan Muhammad IV) 

1945-1960: Sultan Ibrahim Petra  (putera ke-2 Sultan Muhammad IV) 

Pada 31 Januari 1948, dengan rasminya Kerajaan Kelantan berada dibawah Persekutuan Tanah Melayu yang dimerdekakan pada 31 Ogos 1957

1960-1979: Sultan Yahya Petra 

Pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bertukar kepada Negara Malaysia

1979-2010: Sultan Ismail Petra 

2010-kini: Sultan Muhammad V 



Oleh

Muhammad `Afif Bin Abd Majid Bin Sulaiman Bin Yoep Ahmad 







  

Sumber

https://ms-my.facebook.com/notes/persatuan-pencinta-sejarah-kelantan/senarai-sultan-kelantan-dari-1183-2012/523688330979638/ 

http://www.kala.com.my/sultan-of-kelantan2/ 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kelantan 

https://ibnurusydi.blogspot.my/2011/06/champa-negara-melayu-yang-hilang-dari_11.html 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Jembal 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan 

http://rostam97.tripod.com/tgmb/tgmb05.htm 

https://www.thepatriots.asia/archives/1664 

https://en.wikipedia.org/wiki/Champa 

https://id.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Champa 


Comments

Post a Comment

Follow saya di:

Facebook: https://facebook.com/afif.cakka
Twitter: https://twitter.com/afif_software
Instagram: https://instagram.com/afif_software

Komen adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

Halaman Facebook

Boleh Follow kami di Facebook dibawah untuk dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru dari blog ini: