'REVIEW' Filem BOBOIBOY 2 (No spoiler)
![]() |
Gambar dari: theskop.com |
Pendahuluan ringkas
Minggu lepas (Saya dah lupa bila) saya menonton Boboiboy 2 dgn seorang kawan dengan niat untuk 'support' industri animasi tempatan.
Teringat dulu, saya membesar dengan kartun-kartun seperti Sang Wira, Usop Santorian, KeluangMan, Anak-anak Sidek dan lain-lain.
Kartun-kartun ni tidaklah begitu menyerlah kerana adanya animasi² luar yg lebih berdaya saing seperti DragonBall Z, Digimon dan lain-lain.
Tapi kali ni animasi tempatan sudah semakin maju dan mempunyai 'demand' hingga keluar Negara.
Siapa saya?
Secara jujurnya, saya seorang yang skeptik dengan filem-filem tempatan. Saya boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang tidak sanggup keluarkan walau RM10 untuk menonton filem tempatan.
Maka, 'review' yang akan saya berikan ini 'not as a local film supporter', tapi 'as a normal audience'. Panjangnya saya membebel, bila nk 'review' filem Boboiboy 2 ni. Baiklah, saya mulakan 'review'.
'Review' saya
- Plot Twist: Plot twist memang 'unexpected' ('as a normal audience').
- Grafik: Grafiknya sangat cun melecun, Jauh lebih baik dr movie Boboiboy 1 yg lalu.
- Jalan cerita: 'Honestly beyond my expectation'.
- Jenaka: Ada jenaka yg sesuai dgn kanak-kanak, ada juga yg mampu membuatkan org dewasa tersenyum, senang cerita bukanlah 'annoying jokes' seperti Boboiboy 1 yang dulu. Tapi, kali ni ada juga sebahagian kecil 'joke' yg sedikit menjengkelkan, tetapi bila difikirkan balik yang ianya untuk kanak-kanak maka 'it's kind a good joke'. Saya yakin anak-anak anda pasti gelak terbahak-bahak sepanjang menonton filem ini (melainkan jika anak anda sedang mengalami masalah kemurungan).
- 'Sound effect': 'perfect'
1- Grafik dia memang 'detail' dan 'smooth'. Bila babak di 'space' tu, rasa macam tengok Filem Endgame pun ada.
2- Awal-awal filem dia dah tunjukkan sisi buruk (taklah buruk mana pun) watak utama Boboiboy, seperti 'style' filem Hollywood yg 'express' bahawa watak utama tidak semestinya sentiasa betul.
3- Jalan cerita dia memang tak seperti yang saya jangkakan ('as a normal audience'). 'So, it's not predictable'.
Yang boleh ditambah baik
1- Jalan cerita dah 'perfect', cuma ada 'sebahagian kecil' babak yang perlukan lebih banyak draf untuk skrip.
*Baiklah, abang-abang adik kakak, boleh lah bawa anak-anak/cucu-cucu anda menonton filem Boboiboy 2 ini. Sangat berbaloi. Highly recommended.
Sumber
1- Menonton di GSC, Qull City Mall
Comments
Post a Comment
Follow saya di:
Facebook: https://facebook.com/afif.cakka
Twitter: https://twitter.com/afif_software
Instagram: https://instagram.com/afif_software
Komen adalah di bawah tanggungjawab masing-masing