(Link Video): Benarkah Zakir Naik ingin menghalau orang-orang Cina balik ke China? Ini penjelasan sebenar ucapan kontroversi Dr. Zakir Naik

Gambar dari www.ismaweb.net



Bismillah,

Akhir-akhir ini saya melihat tular di Media Sosial berkenaan berita yang dimuat naik oleh Portal MalaysiaKini berkenaan ceramah Dr. Zakir Naik di Kota Bharu tempoh hari.

Tajuk berita MalaysiaKini

Keterangan(caption) atau tajuk yang digunakan oleh Malaysiakini berbunyi seperti ini:

Zakir: If you wan't me to leave, ask the 'old gueast' Chinese to go back too
(Jika anda minta saya keluar dari Negara ini, minta juga pada tetamu yang lebih lama untuk keluar juga)

Ucapan sebenar Dr. Zakir Naik

Jika kita yang mendengar sendiri ucapan Dr. Zakir Naik dan bukannya melalui penulisan media-media, kita akan faham bahawa sebenarnya Dr. Zakir pada waktu itu berucap berkenaan perkara lain. Saya senaraikan 3 perkara yang Dr. Zakir ucapkan pada malam tersebut:

1- Pertama, Dr. Zakir menyebut berkenaan sejarah Negara kita yang dahulunya didiami oleh hanya orang-orang Islam. Kemudian, datang tetamu seperti Orang-orang Cina, India dan British ke tanah Melayu. Beliau menggunakan terma "tetamu", dan bukannya terma "pendatang" seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star pada Rabu, 14 Ogos 2019. Tetamu bermaksud orang yang diundang untuk hadir ke suatu tempat/majlis.

Maksud 'tetamu':
Definisi : Orang yg diundang utk meng­hadiri majlis jamuan dll; orang undangan; tamu. ~ kehormat orang yg diundang khas, biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar, utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara. (Kamus DBP Pelajar Edisi Kedua)

2- Kemudian beliau mengulas berkenaan desakan sesetengah pihak dalam negara ini yang mahu menghalau beliau (Dr. Zakir) balik ke Negara India. Beliau mendakwa bahawa beliau adalah tetamu di negara ini sama seperti tetamu-tetamu lain yang lebih awal dari beliau seperti orang-orang Cina. Kemudian, beliau menyebut lagi bahawa tetamu-tetamu tersebut (orang-orang Cina) datang membawa keamanan pada negara dan memberikan manfaat pada negara ini.

3- Beliau ingin sampaikan bahawa tidak wajar untuk menghalau seseorang dari sesebuah Negara hanya kerana orang itu merupakan tetamu, kerana tetamu-tetamu ini (orang-orang Cina dan beliau sendiri) juga membawa manfaat pada negara tersebut.

Huraian isu ucapan Dr. Zakir Naik

Cuma malangnya, media seperti MalaysiaKini hanya mengambil sebahagian sahaja dari keseluruhan ayat yang diucapkan oleh Dr. Zakir hingga menyebabkan pembaca memahami ucapan Dr. Zakir dengan maksud yang lain.

*Video ucapan Dr. Zakir Naik (versi pendek) - https://www.youtube.com/watch?v=y1q9bfxAhYQ

Saya berikan contoh ayat,

"Islam bukan pengganas, jangan disebabkan segelintir umatnya melakukan keganasan, maka kita label Agama Islam itu sebagai pengganas. Jika anda mendakwa Islam itu Agama pengganas, hanya kerana segelintir umatnya melakukan keganasan, bermakna Agama Buddha juga adalah Agama pengganas kerana terdapat umatnya yang melakukan keganasan seperti di China dan Myanmar. Tapi hakikatnya, semua Agama termasuk Buddha mengajar ajaran yang baik-baik."

Bayangkan, jika Media massa hanya 'quote' sebahagian sahaja ayat iaitu "Agama Buddha juga adalah Agama pengganas kerana terdapat umatnya yang melakukan keganasan seperti di China dan Myanmar", sudah tentu ianya akan memberi makna yang lain.

Ini lah yang berlaku pada seorang insan yang bernama 'Zakir Naik'. Jika kita melihat kenyataan Dr. Zakir di Media MalaysiaKini, kelihatan seperti Dr. Zakir mahu menghalau semua orang-orang Cina keluar dari Negara Malaysia. Tetapi, jika kita melihat kenyataan beliau yang penuh, beliau bersambung,

"... and those guest (Chinese) who are bringing peace to the community (Malay people), they are benefit for the family (Malaysia)."

Bermaksud,
"... dan tetamu-tetamu tersebut (Orang-orang Cina) yang membawa keamanan pada komuniti (Orang-orang Melayu), mereka membawa faedah untuk keluarga ini (Malaysia)"

Pesanan Allah di dalam Al-Quran

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Ini baru fitnah yang kecil. Bayangkan fitnah yang besar ketika zaman Dajjal nanti, jika kita telahpun terpedaya dengan fitnah-fitnah yang kecil ini, bagaimana dengan fitnah yang besar nanti?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Mohon disebar luaskan, Insyaallah.





Sumber

1- Dakwaan portal berita TheStar bahawa Dr. Zakir menggunakan terma 'pendatang' - https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/08/14/zakir-naik-plays-039pendatang039-card-says-chinese-should-go-back-before-he-does

2- Berita MalaysiaKini berkenaan ucapan Dr. Zakir- https://www.malaysiakini.com/news/487896

3- Penjelasan oleh Gerakan PENA Malaysia - https://www.facebook.com/gerakanpenamy/photos/a.1302633529814625/2364230690321565/?type=3&eid=ARDj8CavcPwbT27NwFTZL_9paCsoml3iMpWYuXPIQG8gKudfBAW2nuivWGzfrUCKjJXszJCF-LkREbvL&__tn__=EHH-R

4- Penjelasan oleh Yusri Jamal - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217572384755755&set=a.1334077626298&type=3&eid=ARB_JCybzIXmyKooSvSOUSrSWWfOnlekFXjONM_tKjTepqzcRDCzp67ka5-7KZpnntQrPRpeH4UKweU4

5- Terjemahan Surah Al-Hujurat, ayat 6 - https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3485-bayan-linnas-siri-ke-184-tabayyun-dalam-penerimaan-dan-penyampaian-berita

6- Definisi Tetamu Dewan Bahasa dan Pustaka - http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tetamu

7- Video ucapan Dr. Zakir Naik (versi pendek) - https://www.youtube.com/watch?v=y1q9bfxAhYQ




Comments

Halaman Facebook

Boleh Follow kami di Facebook dibawah untuk dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru dari blog ini: