Saiz Alam Semesta? (Blow your mind)

Kaedah mengukur jarak di alam semesta

Disebabkan jarak diantara objek seperti bintang atau galaksi di alam semesta ini terlalu jauh diantara satu sama lain, maka para saintis tidak lagi dapat menggunakan kilometer sebagai unit ukuran jarak di alam semesta. Maka, saintis telah menimbulkan beberapa unit ukuran jarak bagi menentukan jarak objek dialam semesta seperti, Astronomical Unit (AU) dan Light Years (LY).
AU merupakan jarak diantara Bumi dan Matahari iaitu 150,000,000 km, atau lebih spesifiknya 149,597,870.7 km. Jarak di antara planet Musytari ke Matahari adalah 5.203 AU, bermakna jarak antara planet tersebut dan matahari adalah 778,358,000 km.
LY pula adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam masa satu tahun. Cahaya mampu bergerak dengan sehingga 300,000 km dalam masa satu saat. Maka, 1 Tahun Cahaya bersamaan 9,500,000,000,000 km atau 9.5 trillion km.
Saiz alam semesta masih belum diketahui, akan tetapi saintis melihat objek diluar angkasa menggunakan teleskop Hubble. Kawasan di alam semesta yang dapat dilihat menerusi teleskop Hubble dinamakan ‘Observable Universe’.

Observable Universe

Observable Universe sahaja telah dianggarkan mempunyai lebih dari 2 trillion galaksi. Manakala galaksi kita sahaja, iaitu Galaksi Bima Sakti (Milky Way) sahaja mengandungi kira-kira 100 billion bintang secara anggaran purata. Akan tetapi, seorang astronomer NASA, Dr. Sten Odenwald menganggarkan terdapat kira-kira 1 trillion bintang di galaksi Bima Sakti ini.

Jika kita ambil pandangan yg menyatakan kira-kira 100 billion jumlah bintang di galaksi bima sakti, jika kita puratakan dengan kesemua galaksi di Observable Universe, bermakna jumlah bintang yang terdapat di Observable Universe sahaja lebih dari 200 billion trillion (200,000,000,000,000,000,000,000) bintang. Ini jauh lebih banyak dari jumlah butiran pasir diatas permukaan bumi menurut Victor Kiprop. Bayangkan jumlah bintang di seluruh Alam Semesta?

Bintang, atau galaksi yang ada diluar dari ‘Observable universe’ tidak dapat kita lihat kerana cahayanya masih belum sampai ke Bumi. Mungkin cahaya-cahaya tersebut tidak akan sampai pun ke Bumi kerana alam semesta sentiasa mengembang dengan pengembangan yang lebih cepat dari kelajuan cahaya.

Perjalanan menuju ke penghujung Observable Universe

Jarak diantara Bumi dan penghujung ‘Observable Universe’ adalah kira 46 billion tahun cahaya, atau 437,000,000,000,000,000,000,000 km. Jika anda mempunyai kapal angkasa yang mampu bergerak selaju cahaya, maka anda perlukan 46 billion tahun untuk sampai ke penghujung ‘Observable universe’. Itu belum lagi penghujung sebenar alam semesta.

Objek paling laju manusia pernah cipta adalah Parker Solar Probe yang diramal akan bergerak dengan kelajuan 692,017.92 km/j apabila ia berada di posisi orbitnya iaitu 6,163,787.5 km jarak dari matahari pada tahun 2024.

Dengan kelajuan tersebut, kita masih perlukan sekitar 7,000 tahun untuk tiba hanya ke bintang jiran yang paling dekat dengan sistem suria kita. Ini bermakna, dengan kelajuan ini, manusia perlukan 71,886,823,380,000 tahun atau 71.9 Trillion tahun untuk sampai hanya ke penghujung Observable Universe.

Andaikata jika Observable Universe hanyalah sekadar 0.01 peratus dari saiz keseluruhan alam semesta, bayang betapa kerdilnya kita manusia yang hidup diatas muka bumi.

Adakah alam semesta atau dunia ini merupakan objek paling besar yang kita ketahui? 

Jawapannya tidak. Kerana kita sebagai orang beriman percaya bahawa keseluruhan alam semesta ini hanyalah sebuah ruang atau dunia yang ada didalam ruangan langit pertama. Dan terdapat banyak atau 7 lapisan langit yang mana jarak diantara satu dengan yang lain adalah teramatlah jauh.

Dan 7 lapisan langit jika hendak dibandingkan dengan Kursi Allah, ibarat sebuah cincin yang diletakkan di tengah-tengah padang pasir. Manakala, Kursi Allah jika dibandingkan dengan Arasy Allah pula diibaratkan juga seperti cincin yang dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang luas. 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Perumpamaan langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi seperti cincin yang dilemparkan di padang sahara yang luas, dan keunggulan ‘Arsy atas Kursi seperti keunggulan padang sahara yang luas itu atas cincin tersebut.”
Dan Arasy hanyalah merupakan salah satu makhluk daripada kesemua makhluk-makhluk Allah yang lain. Maha Besar Allah.

Bayangkan, betapa kerdilnya kita. Subhanallah. Allahuakbar.




Sumber:
Astronomical Unit - https://cneos.jpl.nasa.gov/glossary/au.html
Jarak Musytari ke Matahari - https://earthsky.org/space/what-is-the-astronomical-unit
Tahun cahaya - https://starchild.gsfc.nasa.gov/docs/StarChild/questions/question19.html
Galaksi di Observable Universe - https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/universe-galaxies-how-big-many-size-observable-map-history-nottingham-a7360736.html
Bintang di Bima Sakti:
https://www.huffpost.com/entry/number-of-stars-in-the-milky-way_b_4976030
https://www.space.com/25959-how-many-stars-are-in-the-milky-way.html
Perbandingan jumlah bintang dan pasir - https://www.worldatlas.com/articles/are-there-more-grains-of-sand-or-stars-in-the-earth.html
Pengembangan alam semesta - https://www.space.com/33306-how-does-the-universe-expand-faster-than-light.html
Observable Universe - https://www.forbes.com/sites/startswithabang/2018/07/14/ask-ethan-how-large-is-the-entire-unobservable-universe/#2c790371df80
Parker Solar Probe:
https://www.engadget.com/2018/08/09/nasa-parker-solar-probe-launch/
https://solarsystem.nasa.gov/news/739/parker-solar-probe-breaks-record-becomes-closest-spacecraft-to-sun/
https://qz.com/1353429/the-parker-solar-probe-is-the-fastest-man-made-object-ever/
https://www.jpl.nasa.gov/infographics/infographic.view.php?id=11489
Perbandingan 7 langit, Kursi dan Arasy - Buku Syarah 'Aqidah Ahlussunnah wal Jama'ah, karangan Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, beliau telah memetik sepotong Hadits riwayat Muhammad bin Abi Syaibah dalam Kitaabul ‘Arsy, dari Sahabat Abu Dzarr al-Ghifari Radhiyallahu ‘anhu. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilatul Ahaadiits ash-Shahiihah (I/223 no. 109) - https://books.google.com.my/books?id=xuTGWJr8n18C&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false







Comments

Halaman Facebook

Boleh Follow kami di Facebook dibawah untuk dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru dari blog ini: