Asal-Usul Bangsa Melayu (Malay Origin) Berdasarkan Kajian DNA
Sebelum anda memulakan bacaan, kenali dulu maksud terma-terma ini:
- Homo Sapiens - Ialah manusia jenis manusia moden (bukan manusia monyet atau manusia separa-monyet) yang hidup pada hari ini. Satu-satunya spesis Homo Sapiens yang masih wujud (tidak pupus) adalah Homo Sapiens Sapiens. Maka, terma Homo Sapiens didalam artikel ini sebahagiannya adalah merujuk pada Homo Sapiens itu sendiri dan sebahagian yang lain adalah merujuk kepada Homo Sapiens Sapiens.
- Pentutur Bahasa Austronesia - Kaum/Puak/Kumpulan manusia yang bertutur bahasa Austronesia seperti Melayu, Filipina, Jawa, Indonesia, Malagasy (Madagascar), bahasa Formosan Taiwan (orang asli Taiwan) dan ribuan lagi bahasa.
Asal usul Melayu pertama
Terdapat tiga teori berkenaan asal-usul bangsa Melayu yang paling awal. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga teori ini telah disangkal oleh bukti DNA yang ditemui baru-baru ini.
Terdapat tiga teori berkenaan asal-usul bangsa Melayu yang paling awal. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga teori ini telah disangkal oleh bukti DNA yang ditemui baru-baru ini.
Tiga teori yang dibuat oleh barat berkenaan asal-usul Melayu
Teori 1: Melayu berasal dari Wilayah Tonkin (tempat di antara utara Vietnam dan selatan China)
Teori ini merupakan dikemukakan oleh seorang Belanda, Hendrik Kern (tahun 1889).
Hendrik Kern mendakwa bahawa nenek moyang orang Melayu disebut sebagai pentutur bahasa Austronesia yang dikatakan bangsa penghijrah dari Tonkin. Alasannya adalah kewujudan persamaan perkataan dikalangan peribumi, tumbuh-tumbuhan dan binatang di wilayah Nusantara dengan wilayah Tonkin. Disebabkan pendduk di Tonkin lebih padat, maka Hendrik Kern simpulkan bahawa nenek moyang penduduk Nusantara berasal dari Tonkin.
![]() |
Gulf Of Tonkin |
Teori 2: Melayu berasal dari Yunan (Selatan China)
Teori ini pula dikemukakan oleh seorang Yahudi, Robert Heine van Geldern (tahun 1945... 1966). Beliau dikatakan tidak pernah menjejakkan kaki di Nusantara, dan hanya sekadar membuat kajian di Pameran muzium di Austria (tempat beliau bekerja) dan Vienna.
Robert Heine van Geldern mendakwa semua orang Melayu di Asia Tenggara, Oceania dan Pasifik datang dari wilayah Yunan di Selatan China. Beliau mendakwa lagi bahawa nenek moyang orang Melayu berhijrah dari Yunan melalui 2 fasa:
Fasa pertama - Menurutnya, nenek moyang orang Asli berhijrah dari Yunan kira-kira 2,500 tahun dahulu, dan kumpulan yang berhijrah ini beliau beri gelaran Melayu-Proto. Beliau mendakwa lagi Melayu-Proto merupakan nenek moyang orang Seman (Negrito), Temiar (Senoi), Seman, Jakun, Sakai dan beberapa kelompok lagi.
Alasannya ialah beliau menjumpai alat-alat batu. Beliau mendakwa lagi bahawa Melayu-Proto juga merupakan nenek moyang orang Mon, Khmer dan beberapa kumpulan etnik lain di Thailand, Kemboja, Loas dan Burma (Myanmar).
Fasa kedua - Beliau mendakwa, nenek moyang orang Melayu berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira 1,500 tahun dahulu. Beliau memberi gelaran Melayu-Deutero, (Deutero membawa maksud 'Penghijrah' menurut Kitab Yahudi, Deuteronomy). Dengan bersumberkan kitab Yahudi tersebut, beliau mendakwa Melayu-Deutero ini berasal dari sebuah tempat bernama Dong Song, dalam wilayah Yunan di selatan China itu.
Beliau menyokong dakwaannya dengan penemuan bahan logam gangsa (dalam bentuk gendang dan kapak) di Asia Tenggara yang mempunyai ciri-ciri sama dengan di Dongsong. Menurut beliau, oleh kerana bahan gangsa seperti itu banyak dihasilkan oleh masyarakat di Dong Song, maka beliau mendakwa bahan-bahan gangsa tersebut berasal dari Dong Song dan dibawa oleh para penghijrah tersebut (Melayu-Deutero) ke Asia Tenggara.
Melayu-Deutero ini dakwanya lagi merupakan nenek moyang pentutur Bahasa Austronesia. Beliau mendakwa lagi, bahawa Melayu-Deutero mendiami persisiran pantai yang subur dan telah menghalau Melayu-Proto yang tiba di Asia Tenggara lebih awal ke kawasan-kawasan pendalaman dan bergunung-ganang.
![]() |
Yunan |
Teori 3: Melayu berasal dari orang Taiwan
Teori ini dibuat oleh Bellwood (tahun 1991... 2005).
Beliau mendakwa pentutur Bahasa Austronesia dan Polenesia berasal dari para petani purba di Selatan China. Beliau mendakwa bahawa berlaku penghijrahan para petani dari China ke Taiwan kira-kira 6,000 tahun yang lalu (zaman Holocen Akhir). Kemudian, menurut beliau lagi, para petani dari Taiwan tersebut pula berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira 4,000 tahun yang lalu.
Menurut beliau, penghijrah (pentutur bahasa) Austronesia itu mengusir masyarakat pemburu-pemungut Australoid, dan seterusnya bergerak ke Pasifik.
Alasan beliau adalah kerana penemuan serpihan tembikar (potsherd), tulang anjing, alat batu, pisau mengetam (reaping knives), beras dan sekoi (millets). Menurut beliau bahan-bahan ini hanya ditemui di Taiwan dan Asia Tenggara. Disebabkan penemuan bahan-bahan tersebut paling banyak ditemui di Taiwan, maka beliau simpulkan bahawa pentutur bahasa Austronesia (nenek moyang orang Melayu) berasal dari Taiwan.
Bukti DNA: Melayu merupakan nenek moyang asal bagi bangsa-bangsa di Asia
Bukti DNA ini ditemukan oleh Prof. Madya Dr. Zafarina Zainudin, Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia, Universiti Sains Malaysia, USM.
Majalah Sains, HUGO Pan-Asian SNP Consortium, 2009, telah menyiarkan bahawa kemasukan manusia paling awal ke Benua Asia adalah di Asia Tenggara, dan Asia Tenggara merupakan sumber utama takungan genetik bagi populasi di Asia.
Analisis Filogenetik: Orang Melayu dan orang Asli Semang merupakan bangsa yang lebih tua dari populasi di Asia Timur
Analisis ini menunjukkan bahawa orang Semang dan orang Melayu berada di cabang usia DNA lebih awal berbanding populasi di Asia Timur, menjadikan Org Asli Semang dan Orang Melayu merupakan bangsa yang lebih tua dari populasi di Asia Timur. Data dari ujian DNA Mitokondria juga menunjukkan bahawa orang asli Semang adalah manusia (Homo Sapiens) terawal bergerak keluar dari Benua Afrika dan sekaligus menjadikannya bangsa pertama yang mendiami benua Asia. Orang asli Semang kini masih lagi boleh ditemui di Pappua dan Australia.
Tesis Kajian DNA: Orang Melayu telah berusia 59,000 tahun
Dr. Zafarina dan beberapa para pelajar PhD beliau telah membuat tesis kajian DNA pada tahun 2009, 2013, 2014, 2015 dan 2016, berkenaan asal-usul DNA bangsa Melayu. Mereka menggunakan banyak sampel-sampel DNA daripada sub-Etnik Melayu yang terjaga susur-galur keturunan mereka (sekurang-kurangnya 3 keturunan ke atas) seperti Bugis, Banjar, Jawa, Kelantan dan lain-lain. Data menunjukkan bahawa sejumlah orang-orang Melayu daripada pelbagai sub-etnik ini memiliki umur DNA kira-kira 59,000 tahun, yang mana hampir sama dengan usia DNA orang Asli Semang.
Kajian penanda DNA mereka juga menunjukkan kesua sub-etnik Melayu ini mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi.
Ujian Penanda DNA: Orang Melayu merupakan bangsa sendiri yang tidak berasal dari China atau Taiwan
Ujian ini menggunakan teknologi NJ Dendogram bagi Penanda 'HLA A, B, Cw' dan Penanda 'HLA A, B, DLB1', PCO Plot berdasarkan analisis Autosomal, HNA, Cytokine dan KIR.
Hasil ujikaji konsisten menunjukkan bahawa penanda DNA sub-etnik Melayu ini berada dalam kelompok sendiri, tidak berada dalam kumpulan bangsa atau kaum Asia yang lain. Malah tidak juga sama dengan kumpulan orang-orang asal Taiwan seperti Taiwan Hakka, Amis, Atayal dan lain-lain.
Kajian Frekuensi Haplotype A dan B: Perbandingan umur DNA orang Melayu, Cina dan orang asli
Kajian ini menunjukkan bahawa DNA orang-orang Melayu lebih tua dari DNA populasi di Asia Timur dan lebih muda dari DNA populasi awal seperti Orang Asli Semang, Australia Aborigines, Papua, Irian Jaya dan lain-lain.
Kajian DNA Kong Et Al: Nenek moyang orang cina kira-kira 14,000 tahun lebih muda dari nenek moyang orang Melayu
Satu kajian berskala besar oleh Kong Et Al yang melibatkan 6,093 individu daripada 84 populasi di China telah mencadangkan bahawa populasi di Asia Timur berasal dari pergerakan dari arah selatan. Beliau mendapati bahawa bahagian selatan China merupakan sumber takungan genetik yang merujuk pada tempat terawal ketibaan manusia (Homo Sapiens) di China. Manakala DNA paling tua yang didapati oleh Kong daripada orang-orang Cina yang terlibat dalam kajiannya menunjukkan usia 45,000 tahun, dan ini merupakan usia yang jauh lebih muda dari usia DNA orang-orang Melayu yang berusia 59,000 tahun.
Bukti Arkeologi: Penemuan fosil tulang manusia (Homo Sapiens) di Gua Niah berusia 40,000 tahun
Fosil tersebut telah ditemukan oleh Tom Harrison pada tahun 1958, dan bacaan usia karbon mencatatkan bacaan 37,000 hingga 40,000 tahun. Selain itu, terdapat juga penemuan tengkorak di tempat lain seperti penemuan rangka Perak Man berusia kira-kira 11,000 tahun di Gua Gunung Runtuh, dan yang terbaru, penemuan fosil rangka manusia berusia 5,000 tahun oleh Kumpulan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) di tapak zaman batu di Guar Kepah, Butterworth pada April 2017. Mana mungkin orang Melayu dikatakan berhijrah dari Taiwan 4,000 tahun yang lalu atau berasal dari Selatan China, kerana telah wujud orang-orang Melayu di Nusantara sejak kira-kira 40,000 tahun yang lalu.
Stephen Oppenheimer: Perusahaan penanaman padi bermula di Semenanjung Tahan Melayu, bukan di China
Melalui buku Eden in the East (1998), karangan Stephen Oppenheimer, perusahaan tanaman padi bukanlah bermula di China, tapi di Semenanjung Tanah Melayu. Perusahaan tanaman padi telah pun bermula di Semenanjung Tanah Melayu sejak 9,000 tahun dahulu, dan ini lebih lama berbanding dakwaan Bellwood yang menganggap orang Melayu berhijrah dari Taiwan 4,000 tahun yang lalu.
Stephen Oppenheimer: Perusahaan penanaman padi bermula di Semenanjung Tahan Melayu, bukan di China
Melalui buku Eden in the East (1998), karangan Stephen Oppenheimer, perusahaan tanaman padi bukanlah bermula di China, tapi di Semenanjung Tanah Melayu. Perusahaan tanaman padi telah pun bermula di Semenanjung Tanah Melayu sejak 9,000 tahun dahulu, dan ini lebih lama berbanding dakwaan Bellwood yang menganggap orang Melayu berhijrah dari Taiwan 4,000 tahun yang lalu.
Kesimpulan
Maka, telah terbukti bahawa orang Melayu merupakan bangsa yang paling awal wujud dan mendiami benua Asia berbanding bangsa-bangsa lain yang berpopulasi di Asia Timur seperti Cina, Taiwan, Jepun dan lain-lain. Nenek moyang orang-orang Melayu telah menduduki Asia Tenggara, atau Nusantara sejak kira-kira 60,000 tahun yang lalu, sebelum kewujudan bangsa-bangsa lain yang membentuk populasi di Asia Timur. Dan nenek moyang orang Melayu merupakan populasi induk dan nenek moyang bagi semua bangsa yang ada di Asia (Khususnya Asia Timur) pada hari ini.
Akan tetapi, mengapa penemuan arkeologi tamadun-tamadun Melayu terlalu muda jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun Cina? Sebagai contoh penemuan Tamadun Kedah Tua merupakan antara tamadun awal (lingkungan 500 SM) yang ditemui wujud di Nusantara, dimana penemuan arkeologi binaan dan peralatan industri di Lembah Bujang atau kini dikenali sebagai Sungai Batu, dimana kerajaan/petempatan disana telah bermula sekitar 2,535 tahun dahulu (berdasarkan anggaran usia runtuhan struktur purba). Ini hampir sama dengan penemuan binaan Tembok Besar China yang berusia 2,500 tahun (500 SM), lebih muda dari Yinxu yang berusia kira-kira 3,300 tahun yang terletak di Yindu District, Anyang, Henan, China, dan juga jauh lebih muda daripada binaan tertua dunia lain seperti kubu Göbekli Tepe di Turkey yang berusia 11,130 tahun (9,130 SM).
Teori saya:
Memandangkan dahulunya Nusantara ini merupakan satu tanah yang besar (Sundaland), maka tamadun-tamadun purba dan kuno telah dibina dikawasan-kawasan persisiran pantai. Kira-kira 19,000 hingga 5,500 tahun yang lalu, berlaku kenaikan paras air laut yang mendadak akibat berakhirnya zaman ais 'Younger Dryas Period' pada kira-kira 11,600 tahun yang lalu. Keretakkan kerak bumi yang disebabkan pergelinciran gunung dan bongkah ais ke dalam laut menyebabkan berlakunya bencana seperti 'Mega Tsunami' yang meranapkan serta menenggelamkan bandar-bandar di persisiran pantai Sundaland dan menyebabkan kematian ribuan penduduk di kawasan persisiran pantai. Ditambah pula dengan kenaikan paras air laut yang terus meningkat menyebabkan orang-orang Melayu yang terselamat dari bencana tersebut berhijrah ke kawasan pendalaman dan menuju ke utara. Ada yang terus bergerak ke kawasan yang lebih utara seperti Vietnam dan China dan memulakan tamadun awal disana.
Atas faktor iklim dan perubahan genetik terhadap iklim dan cuaca, maka dalam masa ribuan tahun genetik mereka semakin berubah seperti warna kulit dan corak wajah hinggalah menjadi populasi moden yang ada pada hari ini seperti Cina, Jepun, Taiwan, Russia Timur dan lain-lain. Manakala sebahagian orang-orang Melayu yang lain kekal membina tamadun di Sundaland selama ribuan tahun hinggalah Sundaland bertukar menjadi kepulauan Melayu akibat kenaikan paras air laut.
Boleh jadi juga struktur dan bangunan purba yang ada di Kepualauan Tanah Melayu dahulu telah dimusnahkan oleh pemerintah atau penjajah berikutnya yang mempunyai perbezaan Agama atau budaya daripada pemerintah yang sebelumnya. Sebagai contoh, candi-candi yang ditemui di tapak peninggalan purba seperti di Lembah Bujang rata-ratanya adalah dalam keadaan runtuh dan hanya tinggal tapak binaannya sahaja. Seperti juga yang berlaku pada Kota A'Famosa yang dibina pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis, dan kemudiannya dimusnahkan sebahagian strukturnya oleh penjajah Inggeris pada 10 Ogos 1807.
SumberAtas faktor iklim dan perubahan genetik terhadap iklim dan cuaca, maka dalam masa ribuan tahun genetik mereka semakin berubah seperti warna kulit dan corak wajah hinggalah menjadi populasi moden yang ada pada hari ini seperti Cina, Jepun, Taiwan, Russia Timur dan lain-lain. Manakala sebahagian orang-orang Melayu yang lain kekal membina tamadun di Sundaland selama ribuan tahun hinggalah Sundaland bertukar menjadi kepulauan Melayu akibat kenaikan paras air laut.
Boleh jadi juga struktur dan bangunan purba yang ada di Kepualauan Tanah Melayu dahulu telah dimusnahkan oleh pemerintah atau penjajah berikutnya yang mempunyai perbezaan Agama atau budaya daripada pemerintah yang sebelumnya. Sebagai contoh, candi-candi yang ditemui di tapak peninggalan purba seperti di Lembah Bujang rata-ratanya adalah dalam keadaan runtuh dan hanya tinggal tapak binaannya sahaja. Seperti juga yang berlaku pada Kota A'Famosa yang dibina pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis, dan kemudiannya dimusnahkan sebahagian strukturnya oleh penjajah Inggeris pada 10 Ogos 1807.
http://journalarticle.ukm.my/3186/1/1.pdf - Update 23-Dis-2019
https://www.researchgate.net/publication/260302886_Asal_usul_orang_Melayu_menulis_semula_sejarahnya_The_Malay_origin_rewrite_its_history
https://www.youtube.com/watch?v=7nfsb36JS08
http://whc.unesco.org/document/152564
https://en.wikipedia.org/wiki/Mitochondrial_Eve
https://en.wikipedia.org/wiki/Human_evolution
https://en.wikipedia.org/wiki/Archaic_humans
http://www.heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-senarai-aktiviti/penyelidikan-arkeologi-di-malaysia/semenanjung/lembah-warisan-lenggong-perak/kota-tampan-74-000-tahun
https://www.thestar.com.my/data/archives/2013/07/04/16/20/perak-mans-bones-tell-his-story/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_di_Malaysia
http://heritage.gov.my/ms/arkeologi/arkeologi-senarai-aktiviti/penyelidikan-arkeologi-di-malaysia/semenanjung/lembah-warisan-lenggong-perak/bukit-bunuh-1-83-juta-tahun
https://newsroom.unsw.edu.au/news/science-tech/ancient-%E2%80%9Cdeep-skull%E2%80%9D-borneo-full-surprises
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
https://www.commonground.org.au/learn/aboriginal-or-indigenous
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujang
http://saku30.tripod.com/bab3.htm
https://atlantisjavasea.com/tag/southeast-asia/
https://en.wikipedia.org/wiki/8.2_kiloyear_event
https://en.wikipedia.org/wiki/Sundaland
https://en.wikipedia.org/wiki/Last_glacial_period
https://en.wikipedia.org/wiki/Younger_Dryas
https://en.wikipedia.org/wiki/Last_Glacial_Maximum
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/19/ahli-arkeologi-jumpa-tulang-5000-tahun-di-p-pinang/
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4921-kumpulan-arkeologi-usm-sahkan-tapak-prasejarah-di-pesisiran-pantai-tempatan
http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/items/Tengkorak_Homosapiens_38/
https://atlantisjavasea.com/2015/09/29/sundaland/
https://en.wikipedia.org/wiki/Austronesia
https://en.wikipedia.org/wiki/Yinxu
https://www.quora.com/Is-the-oldest-building-in-China-Nanchan-Temple-It%E2%80%99s-only-1-200-years-old-Why
https://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
Mantap.
ReplyDeleteTerima kasih tuan
Delete